Pendirian PAS Tolak Pakatan 2.0 Mudahkan Kerja AMANAH, DAP & PKR - Salahuddin Ayub
Parti Amanah Negara di dalam satu kenyataan medianya hari ini menyatakan bahawa keputusan PAS untuk tidak bersama dalam Pakatan 2.0 dan hanya akan bekerjasama dengan PKR akan memudahkan untuk Parti Amanah, PKR, DAP bersama NGO lain untuk segera menubuhkan Pakatan Rakyat 2.0Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Hj. Ayub, Parti Amanah Negara (AMANAH) telah berkali-kali mempelawa PAS untuk bersama menyertai perbincangan untuk menubuhkan muafakat politik baharu, namun PAS pada hari ini telah membuat keputusannya untuk tidak bersama dalam Pakatan Rakyat 2.0 itu namun hanya akan berkerjasama dengan PKR.
Beliau berpendapat keputusan PAS itu akan memudahkan Parti AMANAH, PKR, DAP bersama NGO lain, untuk segera menubuhkan Pakatan Rakyat 2.0.
"Bagi saya, biarlah rakyat menilai sendiri pendirian dan keputusan yang telah dibuat PAS itu," tambah kenyataan itu lagi.
Menurutnya, AMANAH mengulangi pendirian dan komitmen akan bersama dengan tuntutan rakyat untuk bersama dalam Pakatan Rakyat 2.0 bagi membawa perubahan politik sekaligus menyelamatkan Malaysia.
Portal The Malaysian Insider pada hari ini melaporkan bahawa seorang pemimpin kanan PAS bahawa PAS tidak akan terlibat dengan Pakatan Rakyat 2.0 yang akan ditubuhkan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah)
Bagaimanapun katanya, PAS akan terus bekerjasama dengan PKR, susulan keputusan yang dicapai pada satu pertemuan antara pemimpin 2 parti itu minggu lalu.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata partinya tidak akan bekerjasama dengan parti pengkhianat, yang dipercayai ditujukan kepada Amanah yang kini dalam proses pembentukan daripada Parti Pekerja-pekerja Malaysia.
PAS menganggap bekas pemimpinnya yang menyertai dan menubuhkan sebagai pengkhianat kerana mendakwa mereka yang telribat itu telah khianat kepada baiah dan sumpah.
Namun, yang nyata baiah dan sumpah itu dilakukan sewaktu PAS masih berada di dalam Pakatan Rakyat, dan apabila Pakatan Rakyat telah dibunuh oleh PAS dengan memutuskan kerjasama dengan DAP, maka baiah dan sumpah itu sudah terbatal dengan sendirinya.,
Ini kerana mereka yang memenangkan calon PAS bukan terdiri dari ahli-ahli PAS sahaja, malah dari pengundi yang menyokong Pakatan Rakyat.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli sebelum ini berkata, PKR, DAP dan Amanah akan meneruskan pembentukan Pakatan 2.0 tanpa PAS. Kecuali Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang begitu beriya-iya mahukan PAS berada di dalam Pakatan 2.0. Walau bagaimanapun, portal FreeMalaysiaToday melaporkan Pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang menyatakan PKR dijangka mengambil pendirian berpisah dengan Pas bagi membentuk Pakatan Rakyat 2.0 (PR 2.0) bersama DAP dan Parti Amanah Negara.
Posted By Green Boc
COMMENTS:
Salam
Alhamdulillah memudahkan kerja PKR,DAP dan Amanah serta majority rakyat yg memilih PR dulu.
Hanya membuang masa dan tenaga shaja bagi PKR,utk memujuk PAS.adalah lebih baik bagi PKR,Masa digunakan utk ka grass-root yg sudah lama pemimpin-pemimpin PKR lupakan.pergi jumpa mereka,tanya masaalah mereka,ramai otai2 PKR yg sudah meninggal, keluaga-keluarga mereka tak terbela.Banyak cabang-cabang hidup segan mati tak mahu,jika PKR lambat bersama mereka,nanti yg dikejar tak dapat,yg dikendung berciciran.
Semoga Amanah,mengerakkan tenaga "Wanita" mereka,dicadangkan dapat menubuhkan group wanita muda,Puteri amanah,atau srikandi Amanah,atau angkatan muda wanita.Kalau tidak "Amanah" rugi sia-siakan tenaga mereka yg ramai.Mereka-mereka ini sebagai pengerak di kawasan2 melayu,semi-bandar dan kawasan kampong.
Semoga khabar berita di atas,kita dapat teruskan perjuangan dgn lebih efficient.
wassalam.

Baguslah PAS tk masuk PR 2.0 sb kalau masuk pun.... kejap2 nk keluar... on...off..on..off... tk ada kesudahannya.... MAJU LAH TERUS MAJU WAHAI PR.... sb saya undi PAS dahulu pun disebabkan gabungan PR....yg dh dikuburi PAS dan saya bkn ahli PAS.... saya tanpa parti...
Ini nasihat aku kepada parti keadilan rakyat. Parti yang meletakkan sifat ADIL sebagai teras perjuangan. Marilah berlaku adil dalam membuat keputusan menghadapi kemelut yang boleh dianggap permainan seteru kepada kawan hendak perjatuhkan kawan. Akhirnya kawan sama kawan bergaduh.
Pas macam pura2 hendak berkawan dengan pkr dan buat agenda bersama tanpa restu dari dap dan amanah. Akhirnya kerjasama sepakat tidak mungkin diwujudkan dalam pr 2.0. Tidak mungkin wujud pakatan dalam erti kata yang sebenarnya andainya ada pula pas duduk sebelah pkr. Pkr akan terus menerus dicurigai oleh rakan2 dalam pakatan dan akhirnya hancur musnah jua pr 2.0 itu.
Berlaku adillah wahai sahabat kami pkr. Berilah sedikit hak kepada amanah yang baru dilahirkan untuk menunaikan sumpah dan janji. Berlaku adillah kepada amanah yang menjadi bangsat dan terlantar untuk bangun dan memberi bakti. Kalau mereka mungkir dari sumpah dan janji, sila buang mereka selama2nya. Pergilah pkr kepada pas untuk berkawan semula.
Oleh itu memberi peluang kepada dap, pkr dan amanah untuk berjanji setia tiga serangkai adalah sebesar2 sikap adil dari sebuah parti bernama parti keadilan rakyat.
Akan rancangan pas mahu berdamping dengan pkr semata2 bolehlah kita tafsirkan sebagai salah satu agenda dari fikiran celaru hadi sendiri. Kalau pemimpin sebuah parti yang bermaruah, dia mengharamkan sikap kacau daun atau mengacau program orang lain. Ini salah satu ciri2 munafik namanya.
Atau bolehlah kita tafsirkan pas ini senyap2 sudah jadi salah satu agensi baru parti umno bn. Agendanya adalah jahanamkan pakatan 2.0 dengan apa cara sekali pun kerana amanah itu orang2 sesat. Dap pula komunis. Pkr lemah kerana tok ketuanya di dalam penjara.
Penghujung dari segala agenda pas sebagai agensi sulit umno adalah pas masuk menyertai pru ke 14. Bukan untuk menang tapi untuk mengekalkan umno bn sebagai pemerintah maksum lagi suci, lagi wajib dipertahankan kerana mereka itu melayu. Biar betapa besar dosanya dengan rakyat, tetap wajib dipertahan sampai bila2. Sama2 kita lihat permainan pas ini.

0 comments:
Post a Comment