Saturday, 19 September 2015

Khairuddin ditangkap sebelum sempat jumpa FBI isnin ini... Kini direman enam hari.

Sabtu, 18 September 2015

Khairuddin sepatutnya jumpa FBI lusa

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang kini direman enam hari oleh polis sepatutnya bertemu pegawai Biro Siasatan Persekutuan (FBI) AS Isnin ini.
Bercakap kepada New York Times, peguam Matthias Chang berkata pertemuan itu diatur pihak Kedutaan AS di Kuala Lumpur.
Laporan itu menyebut bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan berkenaan bercadang menggesa pihak berkuasa AS menyiasat agensi pelaburan tajaan penuh kerajaan 1MDB, atas dakwaan melakukan pembersihan wang haram.
Bagaimanapun rancangan itu tergendala apabila Khairuddin dan Chang dilarang meninggalkan negara ini oleh Jabatan Imigresen,.
Chang adalah bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kira-kira jam 7.30 malam semalam Khairuddin ditangkap polis atas tuduhan cuba mengancam demokrasi berparlimen.
Sebelum itu Khairuddin bersetuju menemui penyiasat polis di Bukit Aman berhubung dokumen diserahkannya kepada pihak berkuasa Switzerland yang menyiasat isu 1MDB.
Selain Switzerland, Khairuddin juga mengemukakan aduan rasmi kepada pihak berkuasa di London, Singapura dan Hong Kong.
Beliau pernah dikenali sebagai penerbit buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Menjadi PM.

 Comments
Jacque Mohd · 
Whai machai Penyamun UMNO dan Chukong Jho Low. Apkah kalian fikir FBI tiada buka fail untuk Najib dan chukong Jho Low? Berita Khairuddin akan jumpa FBI juga datang dari lapuran new York Times juga, selang beberapa hari lagi Najib akan pergi bersidang di UN, New York. Telor dia sekarang sudah kechut jadi di suruhnya penjilat-penjilat dia tangkap Khairuddin. Mungkin Khairuddin akan jadi saksi jika kes samun dan money laundring in masuk US court. Jadi sebelum ini terjadi terpaksa lah kunchu-kunchu dan penjilat penyamun dan money-launderer tangkap khairuddin. Nak tengok sampai bila mereka boleh lindungi penyamun dan money lauderer boss mereka ini?
Like · Reply · 6 · 1 hr
Yan Ezan · 
Akan sampai satu lagi khairuddin untuk menangkap penyamun money lauderer masok us court sebelum najib ke UN,NEW YORK
Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena