Friday, 4 December 2015

Awak kat mana?, Rafizi soal Najib

Sabtu, 5 Disember 2015

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, melalui akaun Facebooknya, melampirkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang disunting sambil memaparkan tajuk ‘mana RM2.6 bilion?’ diikuti slogan ‘awak kat mana’ kepada presiden Umno itu. – Gambar dari Facebook, 4 Disember, 2015.

18 hrs
Bukankah semalam sepupu Najib, Hishammuddin kata yg Najib ini seorang YANG BERANI.. kalau berani KENAPA LESAP NAK JAWAB ISU RM2.6 BILION dlm parlimen !!!
Malangnya Pahlawan Bugis bersembunyi di belakang Timbalan Perdana Menteri dan penerangan HANYA 3 MINIT SAHAJA !!!.
Kita masih tidak tahu siapa penderma RM2.6 billion itu. Jadi selain dari‪#‎ManaRM2600juta‬ kita juga tanya Najib‪#‎awakkatmanaawakawakkatmana‬ ???

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini bertanya "awak kat mana?" kepada Datuk Seri Najib Razak merujuk kepada lirik lagu popular Singapura disebabkan kegagalan perdana menteri hadir di Parlimen semalam untuk memberikan jawapan kepada kontroversi derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Rafizi, melalui akaun Facebooknya, juga bertanya "mana RM2.6 bilion?" dalam kempen berterusannya sejak pembentangan belanjawan persekutuan Najib dan menambah akan mula bertanya "awak kat mana" kepada presiden Umno itu.

Ayat itu ialah lirik lagu penyanyi popular Singapura, Taufik Batisah berjudul "Awak Kat Mana".


Catatan Facebook itu disertakan bersama gambar Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang hadir untuk menjawab isu itu bagi pihak Najib semalam, dengan gambar kerusi kosong perdana menteri bersebelahan menteri dalam negeri itu.
Potongan itu disertai dengan logo syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ayat "Awak Kat Mana".

Rafizi juga berkata, seluruh Malaysia menunggu "Pahlawan Bugis", untuk hadir ke Parlimen – merujuk kepada gelaran yang digunakan Najib sebelum ini.

"Malangnya Pahlawan Bugis bersembunyi di belakang timbalan perdana menteri dan penerangan hanya 3 minit.

"Kita masih tidak tahu siapa penderma RM2.6 bilion itu. Jadi selain daripada #ManaRM2600juta kita juga tanya Najib #awakkatmanaawakawakkatmana ?" katanya.

Wang yang didakwa The Wall Street Journal (WSJ) datang daripada syarikat yang mempunyai hubungan dengan 1MDB, namun Putrajaya menafikan dakwaan tersebut, sebaliknya menyatakan ia merupakan derma politik daripada seorang dermawan tidak dikenali.

Isu wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib itu masih disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

www.themalaysianinsider.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena