Friday, 11 December 2015

Berbeli-belit jugak! - Versi baru Zahid, seorang penderma, banyak wakil.

Sabtu, 12 Disember 2015
Hadam...!

Versi baru Zahid: Seorang penderma, banyak wakil

Berapa jumlah sebenar penderma dana RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak?
Selepas beberapa penjelasan, timbalannya hari ini menjelaskan bahawa beliau telah bertemu dengan lebih daripada seorang wakil kepada penderma tunggal.
Oleh sebab itu, katanya, beliau sebelum ini menjelaskan bahawa penderma itu “jamak” (lebih seorang) sebelum ini.
Zahid berkata demikian dalam sidang media di PWTC, Kuala Lumpur hari ini.
Beliau justeru berkata kenyataannya tidak bercanggah dengan kenyataan rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung isu itu.
Diasak sama ada sebuah kerajaan atau individu berada di belakang derma itu, Zahid berkata lebih baik perkara itu dijelaskan oleh SPRM.
Temubual dengan The Star sebelum ini melaporkan Najib sebagai berkata dana itu diterima daripada lebih seorang penyumbang yang mempunyai hubungan peribadi dengannya.
Zahid kemudian mengesahkan sumbangan itu datang daripada lebih seorang penderma dengan menyebutnya sebagai “jamak”.
Dalam portal pro-Umno Agenda Daily pula, beliau dilapor berkata penderma itu “bukanlah individu dalam erti kata seorang” tetapi “pimpinan sebuah kerajaan”.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena