Wednesday, 9 December 2015

Terkini, Muhyidin dah tak boleh bercakap...Mulutnya 'dikunci'.

Khamis, 10 Disember 2015

TERKINI - MUHYIDDIN TAK DIBENARKAN BERUCAP PADA PAU 2015

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sah tidak dibenarkan berucap dalam sesi penggulungan dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) kali ke-69 pada Sabtu ini.

Beliau mengesahkan perkara itu kepada pemberita selepas ditemui selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di ibu negara malam ini.

“Saya sedih, saya masih tidak diberikan peluang untuk berucap,” katanya.

Muhyddin juga berkata mulut beliau kini “dikunci”.

Mesyuarat MT Umno hari ini bermesyuarat kira-kira dua jam.

Muhyiddin dengan wajah yang sungul mengulangi kekecewaannya dengan berkata:

"Saya sedih. Hak saya sebagai timbalan presiden hanyalah duduk hingga akhir. Saya tidak tahu apa sebabnya tetapi itulah keputusannya," katanya.

Pada masa sama, Muhyiddin menyatakan bahawa beliau dan naib presiden, Datuk Seri Shafie Apdal telah merayu tetapi tetap tidak dibenarkan berucap.

"Saya dan Shafie merayu untuk dibenarkan berucap. Tetapi setelah perbincangan dilakukan, nampaknya tetap menghalang saya," katanya.

Mesyuarat menetapkan bahawa hanya Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak akan berucap pada sesi penggulungan.

Tiada sidang media diadakan selepas mesyuarat hari ini.

Sebelum ini, Muhyiddin dan Shafie digugurkan daripada kabinet kerana lantang mengkritik pentadbiran perdana menteri, terutamanya dalam isu 1MDB serta kemasukan RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib.

Malah yang terbaru, Muhyiddin dalam acara di Kampung Baru, Kuala Lumpur meminta supaya Najib berehat sementara daripada jawatannya.

Sementara itu, nasib Muhyiddin sama ada akan dikenakan tindakan disiplin juga belum jelas setakat ini.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu diserahkan kepada setiausaha agung parti untuk mengumumkannya.

Jawatankuasa disiplin parti akan menyelesaikan perkara itu, kita serahkan kepada setiausaha agung untuk buat pengumuman,” katanya.

- mkini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena