Tuesday, 1 December 2015

Terkini Selangor MENDEBARKAN! Azmin Ali akur kehendak Pakatan Harapan? PAS sekali lagi dipermainkan oleh Azmin?

Selasa, 2 November 2015

PAS DI SELANGOR - BENARKAH KENYATAAN INI?

images (9)

Sejak hampir sebulan yang lalu, kerajaan negeri Selangor dibawah pentadbiran Azmin Ali berada didalam tekanan hebat berikutan desakan dari DAP yang mahu kerajaan Selangor mengiktiraf Parti Amanah Negara (PAN) sebagai parti gabungan DAP dan PKR dalam membentuk Pakatan Harapan serta desakan DAP yang mahu Azmin mengiktiraf kewujudan Pakatan Harapan.

Disamping itu, Tony Pua selaku Pengerusi DAP Selangor turut mendesak Azmin menyingkirkan PAS dan semua exco PAS yang dilantik bagi membolehkan Pakatan Harapan mentadbir Selangor secara solid tanpa ada sebarang campur tangan PAS di negeri itu.

download (7)

Setelah berbulan-bulan krisis kepimpinan ini berlaku, akhirnya Azmin Ali akur dengan kehendak DAP. Beliau dijangka akan menyingkirkan PAS dari pentadbiran Selangor minggu hadapan dan sekaligus meletakkan PAS sebagai pembangkang di Selangor. Ini menjadikan PAS setaraf dengan 12 ADUN Barisan Nasional dan seorang bebas di Selangor.

Keputusan ini diambil semalam berikutan hasil mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang kekal berkeras untuk menyingkirkan PAS dari mana-mana sidang DUN di Pulau Pinang dan Selangor. Menurut sumber semalam, keputusan ini diambil setelah DAP berkeras mahu menyingkirkan PAS dari mana-mana pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan dengan alasan, PAS tidak lagi boleh dipercayai didalam Pakatan berkenaan.
Serentak dengan itu, semua ADUN DAP, PKR dan PAN yang memenangi kerusi dimana-mana DUN di semua negeri akan menjadi pembangkang kecuali Selangor dan Pulau Pinang kerana di dua buah negeri berkenaan, Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan.

images (8)

Bagi negeri Selangor, semua kedudukan ADUN PAS akan dialihkan ke bahagian pembangkang bermula Isnin ini manakala mana-mana ahli PAS yang dilantik sebagai exco, akan dipecat dan digantikan dengan exco baru. Langkah ini dilihat sebagai satu jalan keluar bagi Azmin bagi mengelakkan Pilihanraya Negeri diadakan lebih awal seperti yang diramalkan oleh ramai pihak.

Andai ada diantara ahli PAS yang tidak bersetuju dengan keputusan ini, mereka tidak mempunyai jalan lain selain daripada meninggalkan PAS dan menyertai mana-mana parti yang menganggotai Pakatan Harapan seperti DAP, PKR, PAN atau PSM. Dalam perkembangan yang sama, Saari Sungip (DUN Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) akan dilantik menjadi exco bagi menggantikan exco PAS selewat-lewatnya Khamis ini.

Andai semua ini berjalan lancar, majlis angkat sumpah exco baru akan dilakukan seawal-awalnya rabu ini dengan Majlis Presiden Pakatan Harapan ingin memastikan dahulu semua ahli PAS di Selangor disingkirkan terlebih dahulu sebelum langkah seterusnya diambil. Sebaik semua langkah ini berjaya diambil, secara rasminya Pakatan Rakyat akan diisytiharkan berkubur.

images (7)

Perkembangan ini pastinya melegakan Azmin yang pasti akan mengekalkan kerusi Menteri Besar yang disandangnya sejak lebih setahun yang lalu tanpa perlu melalui Pilihanraya Negeri seperti yang dijangkakan oleh ramai pihak. Untuk sekian kalinya, PAS terus di hina dan diperlecehkan oleh DAP, PAN dan PKR. Paling menyedihkan, PAS sekali lagi dipermainkan oleh Azmin.

1 comments:

ikhlasabaredha said...

kesianle dgn rakyat,, apalah s
alahnya bersatu ,, xbersatu,,,, 1000% kalah dgn bn lagi
menyampah tengok ketua2 ego ni

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena