6 Petanda PELIK Di Tasik Kenyir Sebelum Berlakunya Gempa Bumi
Perubahan ‘pelik’ yang berlaku sejak enam bulan lalu akhirnya menepati ramalan penduduk setempat bahawa ‘sesuatu’ akan berlaku di Tasik Kenyir susulan gempa bumi lemah 2.7 magnitud dikesan dikawasan tersebut, malam tadi.
Menurut pengusaha perniagaan berbentuk penganjuran aktiviti memancing Ibrahim Anon, atau Ujang, 50-an, perubahan yang berlaku di Tasik Kenyir sejak September 2015 termasuk keadaan permukaan bumi dan fenomena ikan naik ke permukaan air yang tidak berlaku seperti kebiasaan menimbulkan tanda tanya kepada penduduk setempat.
“Musim tengkujuh tidak berlaku berbanding tahun sebelum ini. Malah, perubahan paling ketara yang dilihat sejak enam bulan lalu adalah apabila keadaan di bahagian hulu sungai mula kering dan dipenuhi dengan timbunan pasir.
“Musim ikan naik ke permukaan juga tidak berlaku. Ikan toman dan ikan sebarau biasanya akan naik ke permukaan air setiap musim pada penghujung tahun. Namun, keadaan itu tidak berlaku,” katanya yang berpengalaman selama 20 tahun menguruskan perniagaan memancing di Tasir Kenyir, ketika dihubungi Malaysian Digest, hari ini.
Ujang yang juga menguruskan perniagaan rumah bot di Tasik Kenyir berkata, berikutan perubahan tersebut, pihaknya dan kumpulan ‘kaki pancing’ sudah menjangkakan gempa bumi akan berlaku memandangkan insiden tersebut bukan pertama kali berlaku di sana.
Bagaimanapun ujarnya, gegaran yang turut dirasai di sekitar Kuala berang itu tidak menimbulkan suasana panik dalam kalangan penduduk setempat dan pelancong yang berada di Tasik Kenyir.
“Pengusaha bot sudah biasa dengan keadaan cuaca yang ekstrem dan gegaran semalam tidak dirasai di rumah bot kerana ia berada di permukaan air. Namun, gegaran itu mungkin dirasai oleh penduduk di kawasan darat,” jelasnya.
Ditanya mengenai jangkaan kebarangkalian gempa bumi susulan akan berlaku di Tasik kenyir, Ujang berkata; “Ya, (gempa bumi) akan berlaku lagi dan lebih besar kerana perubahan keadaan bumi di kawasan tersebut ada menunjukkan tanda-tanda. Dan sains sendiri juga mengakui bahawa fenomena alam seperti gempa bumi boleh berlaku dimana-mana.”
Namun, Ujang menasihati penduduk dan pelancong yang berhasrat untuk ke Tasik Kenyir supaya tidak bimbang memandangkan keadaan Empangan Tasir Kenyir adalah selamat.
“Ia (gempa bumi) perkara biasa. Empangan Kenyir juga tidak terjejas susulan gempa bumi malam tadi,” ujarnya.
Berdasarkan rekod, insiden gempa bumi di tasik buatan manusia terbesar Asia Tenggara yang berlaku malam tadi merupakan insiden kedua, selepas kali pertama berlaku pada 2010 dengan berukuran 2.6 pada skala Richter.
Mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan malam tadi, tiada ancaman tsunami berikutan gempa yang berlaku pada 9.25 malam itu, namun agensi itu sedang memantau perkembangan dan akan memaklumkan sebarang maklumat terkini. - infokini
BLM

'Tekanan air di Tasik Kenyir punca gempa bumi'
Gempa bumi lemah yang berlaku di kawasan Empangan Tasik Kenyir malam tadi berpunca daripada tekanan dihasilkan air di dalam empangan itu, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
Timbalan Ketua Pengarah Strategi dan Teknikal jabatan itu, Dr Rosaidi Che Abas berkata daya yang terhasil daripada air dalam empangan itu menyebabkan batu batan di sekitar empangan melepaskan tenaga dan menghasilkan gegaran kecil itu.
"Ini bukan kali pertama gegaran kecil berlaku di kawasan empangan berkenaan. Malah gegaran yang berlaku semalam adalah yang ke-27 selepas gegaran kali pertama berukuran 4.6 pada Skala Richter berlaku di kawasan berkenaan pada tahun 1984.
"Sehubungan dengan itu penduduk setempat tidak perlu risau kerana ia hanya gegaran lemah yang tidak akan memberi kesan kepada kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Gempa bumi lemah berukuran 2.7 pada skala Richter dikesan di Tasik Kenyir dan gegaran boleh dirasai di Kuala Berang pada 9.25 malam tadi.
Pusat gempa bumi itu terletak di 5 darjah Utara dan 102.9 darjah Timur, iaitu 16 km Barat Daya dari Kuala Berang.
Tasik Kenyir adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan 260,000 hektar.
Ditanya sama ada kemungkinan gegaran kecil tersebut akan berulang, Dr Rosaidi berkata ia mungkin berlaku lagi tetapi tidak dalam masa terdekat.
"Keadaan sekarang adalah terkawal tetapi gegaran mungkin akan berlaku lagi tetapi bukan dalam masa sekarang mungkin ia akan berlaku dalam masa setahun dua ini," katanya.
Katanya, walaupun berlaku gegaran pada skala yang lebih tinggi ia tidak akan mencetuskan tsunami kerana ia (tsunami) hanya berlaku di kawasan lautan.
"Saya pasti pihak yang menyelenggara empangan mempunyai pelan tindakan yang khusus bagi memastikan semua keadaan terkawal dan penduduk sekitar adalah selamat sekiranya gegaran melanda kawasan tersebut," katanya.
- Bernama
1 comments:
Awalnya aku hanya mencoba main togel akibat adanya hutang yang sangat banyak dan akhirnya aku buka internet mencari aki yang bisa membantu orang akhirnya di situ lah ak bisa meliat nmor nya AKI NAWE terus aku berpikir aku harus hubungi AKI NAWE meskipun itu dilarang agama ,apa boleh buat nasip sudah jadi bubur,dan akhirnya aku menemukan seorang aki.ternyata alhamdulillah AKI NAWE bisa membantu saya juga dan aku dapat mengubah hidup yang jauh lebih baik berkat bantuan AKI NAWE dgn waktu yang singkat aku sudah membuktikan namanya keajaiban satu hari bisa merubah hidup ,kita yang penting kita tdk boleh putus hasa dan harus berusaha insya allah kita pasti meliat hasil nya sendiri. siapa tau anda berminat silakan hubungi AKI NAWE Di Nmr 085--->"218--->"379--->''259'
Post a Comment