PAS tak hadir demo... Kahkahkahkah!!!
PAS tak hadir demo anti-Najib kerana politik Marang, oooooooops!! Bukan poliik Marang, politik matang. Kahkahkahkah!!!
PAS tak hadir demo anti-Najib kerana politik Batang, oooooooops!! Politik batang??? Kahkahkahkah!!!
Mat Sabu: Kenyataan Hadi tak hadir himpunan anti-Najib 'pelik'
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu menyifatkan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan tidak akan hadir pada perhimpunan anti-Najib sebagai 'pelik'. Menurut Mohamad, kenyataan presiden PAS itu yang didakwa hanya 'anti-Umno' dan bukan individu dalam parti itu, sebagai 'paling pelik dalam dunia'.
"Tak guna kita buat makan malam, buat kutipan derma, bertanding pilihan raya tapi tak mahu kuasa.
"Ini ucapan yang paling pelik dalam dunia sebagai ahli politik," katanya.
Beliau berkata demikian semasa memberikan ucapan dalam sebuah majlis makan malam di Kuala Lumpur malam tadi.
Majlis makan malam itu turut dihadiri oleh Naib Presiden PKR Tian Chua serta Setiausaha Publisiti DAP Teresa Kok.
Malah, Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu juga berkata, beliau bersama rakannya dalam HARAPAN turut berhasrat untuk 'merampas' kuasa daripada kerajaan melalui pilihan raya.
Berbanding bekas partinya iaitu PAS, Mohamad berkata pihaknya bukan sahaja menolak parti Umno tetapi turut menolak calon dari parti itu dalam pilihan raya akan datang.
"Kawan-kawan Pakatan (HARAPAN) akan bertanding (pilihan raya) dan ambil alih kuasa sebab presiden parti lama kata mereka tak bertujuan merebut kuasa. Kami nak rebut kuasa.
"Kita tolak Umno, dan tolak orang yang menjadi calon Umno yang nak melawan dengan kita," katanya lagi.
Sinar Harian Ahad lalu melaporkan Hadi berkata beliau tidak akan menyertai sebarang himpunan bagi mendesak supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatannya.
“Saya anti-Umno tetapi tidak (anti) orang Umno, orang Umno tidak, orang Umno kita (PAS) hendak berbaik. Ada pun parti Umno sudah banyak (buat) kesilapan). (Oleh itu) saya tidak mahu terlibat dalam himpunan (anti-Najib) itu,” katanya.
ULASAN GB
Kenyataan Presiden PAS itu memang pelik. Bagaimana hanya boleh anti-UMNO tetapi tidak anti kepada orang UMNO? Kalau begitu PAS tidak perlu bertanding di dalam pilihanraya lagi kerana yang akan bertanding nanti ialah orang-orang UMNO yang bertanding di atas nama parti UMNO!
Apakah kerana hendak mengambil hati Najib maka Presiden PAS itu berkata demikian? Apakah PAS mengakui dan menerima semua tindakan dan perbuatan Najib selama ini yang mengebas wang rakyat dan menyebabkan rakyat hidup menderita dan sengsara?
Justeru itu tidak hairan bahawa suara-suara "penentangan" terhadap tindakan-tindakan Najib oleh pimpinan-pimpinan PAS yang lain terutama yang dikeluarkan oleh TITM hanyalah sandiwara kerana ianya tidak sehaluan dengan pendirian Presiden PAS sendiri.
Dicatat oleh Green Boc
0 comments:
Post a Comment