Pas perang semula dengan Umno jika usul hudud tidak dibentang
MOHD AMAR: Kalau UMNO betul-betul jujur dan mahu melihat Mahkamah Syariah diperkasakan, mereka perlu memberi laluan.
KOTA BHARU: PAS bersedia menamatkan 'gencatan senjata' dengan UMNO sekiranya Rang Undang-Undang Persendirian, (RUU) Enakmen Kanun Jenayah Syariah 11 Kelantan 1993 pindaan 2015 tidak dapat dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, jika hasrat kerajaan negeri itu masih gagal, maka kedua-dua parti akan kembali berperang.
Astro Awani | Ogos 25, 2015 08:27 MYT
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, jika hasrat kerajaan negeri itu masih gagal, maka kedua-dua parti akan kembali berperang.
Astro Awani | Ogos 25, 2015 08:27 MYT
Negara kita memang ramai pemikir islam hanya tak ramai yg bertindak cara islam sebab itu pemimpin negara yg bnyk skandal pun masih kekal memerintah tanpa desakan dari pemikir2 islam ini...
Yang sekor ni perosak Islam, bukan pemikir Islam. Dah dapat habuan dari UMNO, dah tak boleh melawan UMNO lagi. Lepas ni apa jer UMNO cakap, semuanya mereka main telan jer.
Yang sekor ni perosak Islam, bukan pemikir Islam. Dah dapat habuan dari UMNO, dah tak boleh melawan UMNO lagi. Lepas ni apa jer UMNO cakap, semuanya mereka main telan jer.
Hudud tak boleh dalam konteks Malaysia – Asyraf Wajdi
Hudud hanya komponen kecil dalam perundangan Islam berbanding konsep keadilan, ketelusan, urus tadbir baik.
KUALA LUMPUR: Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan dalam konteks negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Katanya, UMNO selaku sebahagian komponen parti pemerintah bersikap jujur dalam perkara berkenaan sejak isu hudud ditimbulkan oleh Kerajaan Kelantan dan pimpinan PAS.
“Untuk kuasa, satu parti memainkan isu pelaksanaan hudud seolah-olah ia teramat penting dalam Islam berbanding mempromosikan konsep keadilan, ketelusan, urus tadbir baik yang lebih penting daripada hukuman hudud.
“Hudud hanya komponen kecil dalam perundangan Islam membabitkan enam jenayah iaitu zina, mencuri, bersekedudukan, rompakan, minum arak dan murtad,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Sidang Kemuncak Kepimpinan dan Aspirasi Kebangsaan, di sini, hari ini.
Asyraf berkata, keperluan untuk mendapatkan bukti yang disyaratkan terlalu sukar untuk tujuan pendakwaan, seperti bilangan saksi dan keperibadian saksi itu.
Katanya, tiada mana-mana pihak boleh mengatakan hukum Allah SWT tidak relevan, tetapi apa yang diperdebatkan ialah perkara yang ditekankan dalam sistem keadilan.
“Jika kita tidak boleh mendapatkan keadilan dalam pelaksanaan hudud, maka lebih baik kita mengambil pendekatan berbeza. Islam bukan hanya hukuman tetapi menegakkan keadilan,” katanya.
FMT.
0 comments:
Post a Comment