Thursday, 18 February 2016

Najib Ke Amerika, Rakyat Kata "Jangan Balik Malaysia Lagi"

Khamis, 18 Februari 2016

Najib Ke Amerika, Rakyat Kata "Jangan Balik Malaysia Lagi"


Tak balik lagi bagus, doa rakyat kepada Najib ke Amerika


Laman rasmi Facebook Perdana Menteri sejak semalam terus dihujani komentar rakyat berbaur makian termasuk berharap supaya Najib Razak tidak pulang lagi ke negara ini.

Presiden Umno itu dalam status yang dimuat naik di Facebook jam 7.01 malam tadi menyatakan Alhamdulillah selepas baharu tiba di Amerika Syarikat (AS) untuk lawatan kerja selama seminggu.

“Insya-Allah, selama di sini (AS) saya akan turut serta dalam Sidang Kemuncak Pemimpin US-Asean, berjumpa dengan golongan profesional dan para pelajar Malaysia yang sedang menuntut di sini,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, khabar tersebut hanya mengundang cercaan dan sindiran orang ramai daripada majoriti lebih 600 komentar netizen setakat jam 8 pagi hari ini.

Antaranya Zainol Idrus, “Duduk sana terus la jangan balik-balik lagi. Itu yang rakyat harapkan” dan Muhamad Fadhil Suhaimi, “Pergi tak balik pun takpe. Kita orang kat sini ok je.”

Selain itu, ujar Man Ah Nan, “Pergilah mana dunia pun. Tak balik lagi bagus” manakala kata Roeshan Gill ringkas, “Jangan balik ya.”

Turut berkongsi harapan sama, Azhar Abidin yang menulis, “Kalau tak payah balik Malaysia terus pun takpa aihh. Rakyat Malaysia aman tanpa Najib” serta “Jangan balik-balik dah”, tegas Fazriedin Azman.

Kenapa Najib selalu ke Amerika?

Kekerapan Najib melawat AS atas alasan lawatan kerja juga mengundang rasa tidak senang rakyat Malaysia ekoran dasar pro Zionis Israel dan campur tangan kuasa besar dunia itu dalam pergolakan di wilayah bergolak terutama di Timur Tengah.

“Ke Amerika saja kau ni. Lepas tu kau suruh macai-macai abadi (penyokong tegar) kau tuduh Anwar, DAP agen Yahudi. Bangkai betul. Jangan kerjasama dengan orang Yahudi.

“Memang kau tetap senang-lenang. Duit melimpah-ruah walaupun rakyat ramai yang dah kesempitan hidup tapi satu masa nanti kau akan kenal apa itu Yahudi macam Hitler beritahu dulu,” bidas Eddrus Iskandar.

Sementara itu, kecam Zul Fadzly, “Tali barut US” manakala Shah Rizal menyindir, “Lawatan perkena rakyat ke?”.

Bagi Ammar Aziz pula bertanyakan, “Hang (Kau) nak buat perjanjian onar apa pulak kat sana?” juga sindir Patrickska Muha, “Asyik pergi Amerika je. Bila nak pergi Palestin?”

Jual negara

Kunjungan Najib ke AS tidak lama selepas Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ditandatangani pada 4 Februari lalu itu turut dianggap sebagai langkah untuk terus menggadai kedaulatan negara.

“Juallah negara. Jijik sungguh. Muka tak malu ke jumpa pemimpin-pemimpin negara dunia?” kutuk Mohamed Yunus Hassan serta Shahrul Effendy, “Buat apa lagi ke sana lepas negara dijual.”

Pengguna Facebook kaum Cina turut secara berterus-terang mengkritik Menteri Kewangan itu seperti Jason Cheong JC yang berkata, “Shopping la working. You tipu ah,”; Denzel Loo, “Everyone taking a closer look at the face of a pokerman” serta “Muka tebal. Seluruh dunia tau skandal kamu,” oleh Mark Tay Kuan Meng.

Selain itu, komentar orang ramai yang mengaitkan hobi membeli-belah serta bermain golf ketika ekonomi negara merudum juga dapat dilihat pada dinding Facebook Najib bagi statusnya ke AS itu.

“Berapa billion bawak pergi sana Pak Jib? Kak Mah (Rosmah Mansor) tak ikut sekali ke? Tak shopping ke kat sana?“ soal Shah Rezza serta “Bawak sekali tak set golf?” tanya Carl Ashraf.

“Kita tengah gawat, yang pi angkut menteri-menteri ikut sama buat apa, habiskan duit pembayar cukai,” bidas Osman Jelani pula serta Mike Mack mengulas, “Berapa duit negara habis kau pakai seminggu sana Jibby (Najib). Boleh tanya tukaran dollar dengan ringgit berapa la (sekarang) ni?”

Najib dan Presiden AS, Barack Obama tiba di California Khamis lalu (11 Februari) bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Asean-AS bersama Sembilan rakan sejawatan dari rantu ini.

Isnin ini, Najib dijadualkan berucap dalam pembukaan sidang kemuncak tersebut selepas ucaptama Obama dan Pengerusi Asean, Thongsing Thammavong yang juga Perdana Menteri Laos.

Terdahulu, Obama pada Sidang Kemuncak Asean di Kuala Lumpur pada November tahun lalu memutuskan untuk meningkatkan hubungan Asean-AS dan mengundang pemimpin 10 negara anggota bagi menghadiri sidang kemuncak yang julung-julung kalinya diadakan di AS. - Malaaysia dateline
KedahLanie.

1 comments:

pak muliadi said...

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.


KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena