Monday, 15 February 2016

[Video] Amanah: Derma buat Mat Sabu selamatkan dari muflis..."Hubungi kami dulu melalui talian 03-62421511 elak timbul fitnah."

Isnin, 15 Februari 2016

 

'Hubungi kami dulu sebelum selamatkan Mat Sabu dari muflis'

Shakira Buang      Hari ini, 1:50 petang      Hari ini, 6:14 petang



Parti AMANAH Negara (AMANAH) meminta orang ramai menghubungi pihaknya terlebih dahulu sebelum menghulurkan bantuan kepada presidennya Mohamad Sabu yang kini berdepan kemungkinan diisytihar muflis.
 
Setiausaha agungnya, Mohd Anuar Tahir berkata bantuan tersebut amat diperlukan buat masa ini kerana bimbang kemungkinan Mohamad Sabu gagal membayar gantirugi sebanyak RM200,000.
Dalam sidang medianya, Anuar berkata, kurang 24 jam berita itu disiarkan, terdapat sesetengah pihak yang memulakan usaha mengumpul dana bagi membantu Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.
"Pihak AMANAH mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan sokongan yang dizahirkan oleh semua pihak.
"Namun untuk menentukan tidak timbul fitnah berhubung kutipan ini, maka kami meminta semua pihak terlibat supaya berhubung dengan kami terlebih dahulu.
"Dengan itu, usaha pembelaan terhadap beliau boleh diselaraskan dan dilakukan dengan ketelusan supaya dapat mengelak pertikaian berlaku," kata Anuar.
Ibu pejabat AMANAH boleh dihubungi melalui talian 03-62421511.
Mat Sabu berdepan dengan tuntutan muflis selepas gagal melunaskan ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana memfitnah bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu ‘Projek IC’ di Sabah.
Kenyataan itu disiarkan lidah rasmi PAS, Harakah edisi 1 hingga 3 Februari 2013, yang mana Mat Sabu ketika itu merupakan timbalan presiden PAS.
Peguam Wan Ahmad, Noor Hazira Abu Haiyan seperti dilaporkan media berkata, pihaknya memfailkan petisyen pemiutang terhadap Mat Sabu untuk mendapatkan semula ganti rugi itu beserta faedah.

Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena