Bila Menteri Jahil bercakap...
Isu Dr Zakir Naik & Laba Politik Hancing
Oleh: Shazni Munir Mohd Ithnin
Bagi yang mengikuti syarahan tokoh perbandingan agama ini, pasti menyedari bahawa ini bukan pertama kali Dr Zakir Naik dibawa berkuliah secara umum di Malaysia. Kali terakhir sebelum ini telah dibuat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan ribuan anggota masyarakat berhimpit-himpit dalam program tersebut. Tajuknya lebih kurang sama seperti waktu ini, cuma bezanya ketika itu tiada bantahan MIC dan arahan pembatalan daripada Ketua Polis Negara.
Ketika itu juga – sewaktu berlangsungnya program di PWTC – telah sedia diterbit ribuan video kuliah tokoh ini di YouTube yang dikatakan mengandungi ‘tohmahan dan kebencian’ terhadap agama-agama lain. Namun malangnya masih lagi gagal menjentik nurani mana-mana pemimpin politik untuk men’setan’kan tokoh ini. Syarahan di PWTC itu berlangsung aman, kecoh sedikit dengan perdebatan langsung, namun tiada kejadian buruk selepas itu.
Tiba-tiba hari ini masyarakat jadi terpinga-pinga dan ternganga tidak ketahuan. Seakan timbul bantahan besar-besaran terhadap pemilik Peace TV ini. Lebih canggung apabila bantahan disuarakan dalam keadaan kuliah umum beliau di Terengganu langsung tidak menyentuh sensitiviti agama sebagaimana yang dimaksudkan. Lantas, apa sebenarnya yang berlaku? Siapa yang sedang menggerakkan bidak-bidak catur dalam isu yang tiba-tiba timbul ini?
Dalam satu kajian politik, UMNO/BN dijangka ‘habis’ jika 5% sahaja undi Melayu menjauhi parti tersebut. Dapatan lampu merah ini lebih memedihkan ketika UMNO masih bergelut dengan krisis kepercayaan rakyat melalui pertembungan Najib dan Mahathir. Naratifnya, Mahathir mahu Najib segera meletakkan jawatan dan Najib pula mahu kekal sebagai Perdana Menteri selama yang boleh. UMNO pastinya tidak naif dan telah menjangka jika keadaan ini berterusan, pasti pergerakan 5% undi Melayu kepada Pakatan Harapan bakal berlaku.
Lantas apa pilihan yang ada? Sebelum ini, bacaan politik Malaysia Timur banyak berkisar pada ‘trend’ pengundi Cina dan Melayu sahaja, memandangkan 2 komuniti ini mencakupi skop pengundi yang luas dan majoriti sifatnya. Jarang faktor undi masyarakat India yang lebih kecil skalanya ditelaah dengan teliti dan rinci.
Jika wujud pun, kajian pasca ‘Makkal Sakthi’ semasa PRU-12. Maka tidak pelik jika pasukan Najib merasakan perlu untuk mereka ‘pre-mortem’ undi komuniti India sebagai ‘penampan’ jika pertembungan Mahathir-Najib berlarutan hingga PRU-14 nanti. Malah lapangan ini juga yang masih belum benar-benar serius diteroka UMNO bagi menampung kelompok Melayu yang telah sedia meluat dengan Najib dan isteri.
Samada jemputan Dr Zakir Naik ke Terengganu memang telah dirancang sebelumnya oleh orang-orang kuat di Pejabat Perdana Menteri atau tidak, tidaklah mampu untuk kita mengesahkannya. Boleh jadi memang telah dirancang awal, boleh jadi tidak. Mungkin juga Dato’ Seri Razif sememangnya ‘die-hard fan’ Dr Zakir Naik dan orang-orang kepercayaan Najib terhidu peluang yang ‘amat baik’ di balik jemputan Menteri Besar Terengganu ini.
Lantas janganlah pelik apabila UMNO sebagai pihak yang menjemput, dan UMNO juga yang ‘silent’ apabila Ketua Polis Negara (KPN) membatalkan syarahan umum ini di twitter – sebagaimana yang selalu Tuan KPN lakukan. “Naib Ketua Pemuda UMNO ada keluar kenyataan membantah!” Ya, tapi soalan kita mudah. Mengapa Jamil Khir sebagai menteri yang jaga portfolio agama tidak bersuara? Ada dengar kenyataan daripada Najib Razak hingga kini? Yilek!
Apakah yang Najib Razak harapkan daripada isu ini? Selain jelas memberi ruang untuk polemik 1MDB ‘direhatkan’, mungkin pengganti Pak Lah Badawi sedang menimbang dan mengukur riak segera dan berterusan komuniti India/Hindu untuk dimanfaatkan. “Aduhai, takkan segalanya mahu dipolitikkan?” Well.. Politik dunia ketiga kawan.
Jika rakyat biasa tiba-tiba berkehendak memenuhkan perut di Line Clear Kg. Baru, pasti tidak akan ada yang mahu menelusur melalui lensa politik. Namun jika Rosmah tiba-tiba beli beg tangan di Pasar Malam Chow Kit, kalau pun memang dia nak ‘merasa’ halusnya buatan tiruan tempatan, tetap juga akan terkait dengan isu politik.
“Jadi apa kena-mengena dengan HINDRAF dan Persatuan Hindu Sangam yang menyuarakan bantahan? Mahu dikatakan ejen UMNO kah?” Tidaklah sampai begitu. Kita meyakini bantahan mereka asli tanpa sebarang kepentingan politik.
Namun bagi politikus jijik yang bergelumang lama memperalat politik perkauman dan agama, ‘trigger’ yang dirasakan mampu menjentik respon pantas kelompok-kelompok tertentu bukanlah terlalu sukar untuk diolah. Bezanya, skrip kali ini jauh lebih kemas dan tersusun daripada tragedi Low Yatt dan kepala lembu di depan SUK Selangor.
Bantahan komuniti Hindu dan dibalas bantahan komuniti Islam hakikatnya adalah reaksi normal masyarakat beragama. Masyarakat yang dididik dengan asuhan agama pasti tersinggung jika wujud percikan-percikan sentimen semacam ini jika tiada pihak yang mahu ‘mengetuk’ dan merasionalkan.
Lebih memburukkan keadaan apabila wujud tangan-tangan kotor yang tergamak menggerakkan bidak-bidak sensitif ini semata-mata meraih laba politik hancing masing-masing. Nekad dan sanggup segalanya hangus semata-mata mempertahankan kuasa dan masih ada muka bercakap depan khalayak, “Kami tidak gila kuasa.”
Dalam perkiraan politik, isu Dr Zakir Naik bakal menjadi gelanggang awal untuk Najib mencondongkan sokongan komuniti India yang hilang semasa PRU lalu kepada Barisan Nasional. Usah terkejut jika ‘drama politik’ ini menjadi bersiri, sengaja diperpanjang, juga dengan tajuk-tajuk yang membuntangkan mata. Kalau pun ia tidak mampu mendorong keseluruhan Hindu/India menyokong Najib, sekurang-kurangnya mampu menampung ‘tsunami 5%’ jika berlaku dalam PRU-14 kelak.
Mungkin perkara ini telah selesai dilumatkan ‘bilik perang’ (war room) UMNO dan MIC sebelum Dr Zakir Naik mencecahkan kaki ke KLIA lagi. Bayangkan, MIC yang dah lama tiada khabar berita – entah kan hidup entah mati – tiba-tiba bertengkuk semula dengan menjadi pihak paling awal membantah kuliah umum Dr Zakir Naik. Wow! Hidup MIC!
Jika isu ini laku dan ramai lagi pihak berbalas ‘tembakan’, maka teramat rugi jika Najib sebagai Perdana Menteri tidak mengambil kesempatan yang ada. Walau popular seantero dunia, Najib tahu amat bahawa orang Melayu luar bandar hampir tidak kenal langsung insan bernama Dr Zakir Naik ini. Yang pertama kali dengar pun boleh sampai hati memperolok lucah nama figura antarabangsa ini. Nampak jelas kurang tahunya Melayu Islam kepada sosok ini. Sedih!
Mungkin bagi Najib, sekadar membatalkan kuliah, kemudian beri kebenaran dengan syarat ketat (kononnya) bukan kudis yang boleh menjejaskan sokongan Melayu luar bandar kepada beliau. Asalkan sahaja masyarakat India kembali percaya kepada kepimpinannya, maka seluruhnya beres. ‘Stunt’ politik ini – walau tersangat hancing oleh pencinta damai – dirasakan sangat ‘selamat’ untuk Najib mengambil hati komuniti India dan pada masa sama tidak menjejaskan sokongan Melayu luar bandar.
Buat rakan-rakan India/Hindu dan Melayu/Islam, kesentosaan yang telah disemai bawah payung toleransi serta semangat saling hormat-menghormati sebenarnya teramat mahal harganya. Kita berkongsi hampir semua perkara dalam segenap sudut. Terlalu banyak hal-hal agama yang selama ini boleh dibahas dan didebatkan dengan matang dan harmoni. Logiknya, mustahil isu Dr Zakir Naik ini boleh mengundang ketegangan agama jika tiada orang yang mahukan ianya berlaku. Segalanya seperti lancar dan teratur. Maka berhati-hatilah.
Real politik UMNO/BN sangat sukar menghormati sensitiviti agama dan kaum. Pindaan Akta 355 yang berkait dengan perundangan syariah Islam itu pun boleh wewenang dipermainkan. Sekejap mahu bentang, sekejap berkata tidak sesuai. Lantas apalah sangat dengan hal-hal agama yang bukan menjadi anutan mereka. Akhirnya, tolonglah. Pastikan kita – seluruh rakyat pelbagai kaum – tidak menjadi bidak-bidak penyembah kuasa yang hanya mahu menangguk di air keruh!
Shazni Munir Mohd Ithnin adalah Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional
1 comments:
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI SOLEH JAFFAR atas nomor togel.nya yang AKI SOLEH JAFFAR
berikan 4D angka [] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI SOLEH JAFFAR
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI SOLEH JAFFAR. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI SOLEH JAFFAR.
sekali lagi makasih banyak ya AKI SOLEH JAFFAR … bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH JAFFAR,,di no ---> 0853---> 7778 ---> 3331 --->
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 2750 JUTA , wassalam.
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....
Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!
1"Dikejar-kejar hutang
2"Selaluh kalah dalam bermain togel
3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel
4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat
5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..
KLIK DISINI 4d 5d 6d
Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI SOLEH JAFFAR akan membantu
anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
butuh angka togel 2D ,3D, 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI SOLEH JAFFAR DI NO: ---> 0853---> 7778 ---> 3331 --->
ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D
ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/
ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/
ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/
ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND
ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D
Post a Comment