This video uploaded to Youtube has been block in Malaysia. Please share this video. Thank You!
DAP dihentam angkara animasi ‘bodoh’ Big Mama
Abdul Karim Rahman Hamzah menghentam tindakan DAP merendah-rendahkan rakyat Sarawak, seolah-olah untuk memahami isu, ia perlu menggunakan kartun.
VIDEO INSIDE
PETALING JAYA: Video animasi terbaharu DAP yang mengejek watak-watak kelihatan seperti Perdana Menteri dan isterinya, dibidas orang kuat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
Video yang dimuat naik KiniTV itu menunjukkan satu watak berkaca mata, berbibir merah jambu dan memakai kemeja tertera logo menyerupai logo Barisan Nasional, menatap kamera dan berkata: “Mari kita sapu Malaysia”.
Babak seterusnya memaparkan robot-robot lelabah gergasi dengan huruf BN dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tertera padanya, turun dari langit dan bertempur dengan seangkatan maskot-maskot Ubah DAP yang memusnahkan kota menjadi puing.
Daripada runtuhan itu, bangkit danawa (gergasi) berambut gerbang dan berkain permata di bawahnya.
Lalu dengan satu hayunan tas tangan berjenama Hermes sahaja, maskot Ubah itu terpelanting dan rebah, sambil diiringi lagu “If tomorrow never comes” nyanyian wanita itu.
Demi memaparkan kemenangan kuasa kebaikan menumpaskan kejahatan, maskot Ubah hidup kembali dan menewaskan dawana serta lelaki berkaca mata itu.
Maskot Ubah kemudiannya menyelamatkan bumi daripada bom C4 besar yang ditinggalkan danawa, dengan meletupkan bom itu di angkasa lepas.
FMT.
0 comments:
Post a Comment