Friday, 22 April 2016

[Video] SARAWAK KAYA TAPI HIDUP KITA PAHIT! ‪Anak Muda Amanah Dun Kabong, Sarawak & Lagi pemimpin pembangkang S'jung dilarang masuk S'wak.

Jumaat, 22 April 2016







Lagi pemimpin pembangkang Semenanjung dilarang masuk Sarawak

 | April 22, 2016
Hannah Yeoh ditahan sebaik tiba di Lapangan Terbang Sibu
Hannah-Yeoh
MIRI: Tiga lagi pemimpin pembangkang dari Semenanjung dihalang memasuki Sarawak hari ini.
Mereka adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh (DAP), Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin (PKR) dan ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon (PKR).
Hannah berkata, beliau ditahan sebaik tiba di Lapangan Terbang Sibu.
“Dilarang memasuki Sarawak. Terpaksa bayar RM1,030 untuk pulang ke KLIA. Saya ke sini untuk menghadiri acara anjuran sebuah gereja.
“Tiada siapa di sini yang boleh berikan penjelasan, kecuali berkata ‘kami hanya ikut arahan sahaja’,” tulisnya di Twitternya.
Penahanan Tze Tzin dan Khai Loon pula dimaklumkan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.
Beliau menerusi aplikasi WhatsApp memberitahu: “Sim Tze Tzin (Ahli Parlimen Bayan Baru) dan Lee Khai Loon (ADUN Machang Bubuk) dihalang masuk ke Sarawak jam 11.45 pagi tadi.”
Mereka bertiga adalah pemimpin pembangkang terbaru yang dihalang memasuki negeri itu, selepas Liew Chin Tong turut dikenakan larangan tersebut 16 April lalu, juga di Sibu.
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berulang kali menegaskan tidak akan membenarkan ‘golongan pelampau memasuki Sarawak’.
Pelbagai pihak, terutama pembangkang menyifatkan tindakan itu sebagai menghalang pembangkang dari Semenanjung menyertai kempen PRN kali ini, apatah lagi selepas Adenan sendiri mengatakan mereka yang dilarang boleh berkunjung ke Sarawak selepas PRN berakhir.
FMT



0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena