Tengok bertapa perihatin nya PM Jibby ini pada rakyat Sarawak sangup bekalkan tong biru untuk kemudahan rakyat...di sne tu.Ini lah PM kite yang terbaik sekali.....hihihi
Nie baru betol tolong rakyat..dptkan punca air lebih baik bari bagi tong kosong...
Biarlah rakyat Sarawak yang pilih kerajaan sendiri, bukan pengundi pos Semenanjung
KUCHING, 22 APRIL: Membenarkan pengundi dari Semenanjung melalui pengundi pos untuk menentukan kerajaan negeri dalam pilihanraya negeri Sarawak 7 Mei ini adalah tidak adil kepada rakyat Sarawak.
Apa yang mengejutkan ialah di sebuah kawasan Dewan Undangan Negeri yang baru, iaitu N17 Stakan di kawasan Kota Samarahan, pengundi pos yang kebanyakannya terdiri daripada anggota tentera dan polis mencatatkan peratusan yang sangat tinggi, iaitu 48.47 peratus. Sebahagian besar pengundi pos adalah dari Semenanjung.
Menurut Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, keadaan itu memberi kesan yang besar serta tidak adil kepada pengundi tempatan.
Justeru, beliau mahu rakyat Sarawak perlu diberi keutamaan memilih parti mana yang bakal menerajui kerajaan Sarawak tanpa melibatkan pengundi pos.
Katanya, Pemangku Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem perlu adil terhadap rakyat Sarawak, khususnya apabila beliau antara pemimpin yang paling lantang bercakap tentang autonomi negeri.
“DAP Sarawak meminta Adenan Satem dan Suruhanjaya Pilihan Raya supaya menghentikan anggota tentera dan polis dari Semenanjung yang berada di sini dari mengundi dalam pilihanraya negeri.
“Kita melihat akan berlakunya ketidakadilan yang jelas,” jelasnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, tidak membenarkan undi pos dari Semenanjung adalah lebih baik daripada menghalang para pemimpin pembangkang dari Semenanjung masuk ke Sarawak.
Jelasnya, undi pos amat penting untuk menentukan nasib dan masa depan Sarawak sedangkan kemasukan pemimpin pembangkang hanya untuk berkempen saja.
Chong memberi contoh kerusi yang disandangnya sendiri, iaitu DUN Kota Sentosa, yang mencatatkan peningkatan pengundi pos, saban tahun.
Katanya, sekitar 6,000 pengundi biasa telah dikurangkan tetapi undi pos dari kalangan tentera bertambah 300.
“Mengapa kita membenarkan pengundi dari Semenanjung Malaysia menentukan pembentukan kerajaan negeri kita? Bukankah ia seperti menggadaikan perjuangan menuntut autonomi selama ini?
“Jika kita memperjuangkan autonomi negeri, tak sepatutnya dibenarkan mengundi dalam pilihanraya negeri. Jika ini ialah pilihanraya Parlimen, ia sesuatu yang berbeza,” katanya lagi. – Roketkini.com
0 comments:
Post a Comment