Monday, 20 June 2016

Amanah bukan parti nyamuk seperti didakwa Pas, kata Pemuda Amanah

Isnin, 20 Jun 2016
Terima kasih kepada semua | PRK Kuala Kangsar

AMANAH Parti nyamuk : Haji Hadi

PAS yang disifatkan banyak pihak tidak relevan dalam senario politik Sarawak, optimis parti itu mampu membuat kejutan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) kali ini.
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau yakin dengan prestasi parti itu, biarpun bukan hanya terpaksa berdepan Barisan Nasional (BN), malah perlu bersaing dengan kumpulan parti serpihannya, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan bekas sekutunya, PKR dan DAP.
Malah beliau turut menyifatkan AMANAH yang akan bertanding buat pertama kali pada PRN sebagai ‘parti nyamuk’, dan tidak akan memberi cabaran sengit kepada parti yang sudah kukuh.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan manifesto PAS bagi kerusi Lambir dan Jepak.
umnotgkarang.com

Amanah bukan parti nyamuk seperti didakwa Pas
20 Jun 2016
Jumlah undi diperoleh yang tidak jauh berbeza dengan Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar bukti rakyat sudah mulai menerima Amanah.
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil berkata, rekod calon Amanah sebanyak 7,609 undi di Sungai Besar dan 4,883 undi lagi di Kuala Kangsar bukti dakwaan kononnya Amanah parti nyamuk ternyata jauh meleset.
"Amanah bukan parti nyamuk. Pungutan undi yang lebih kurang dengan Pas di Kuala Kangsar petunjuk penting bahawa bukan sedikit Melayu yang kenal dan sudah boleh terima Amanah.
"Keputusan PRK semalam juga bukti sokongan non Muslim kepada Amanah sebagai parti Islam dan ini satu kejayaan kepada perjuangan kita," ujarnya.
Mengulas tentang sokongan Melayu yang masih tinggi terhadap Umno-BN, Faiz berpendapat, Pas juga lebih lama gagal menangani trend berkenaan.
"Bab undi Melayu kepada parti pembangkang, itu sudah jadi semacam penghalang purba yang sudah 70 tahun tidak dapat Pas pecahkan," tegas beliau.
Apa yang penting, tambahnya, respon positif pengundi secara keseluruhannya terhadap Amanah yang sentiasa bersama Pakatan Harapan untuk terus memperjuangkan isu rakyat semakin mendapat sambutan menggalakkan.
"Perkukuh akar umbi dan tambah baik keberkesanan kerja jentera pilihan raya menuju PRU14 ini. Usah berputus asa. Masa depan berada di tangan kita," ujarnya lagi.
Undi Amanah mendahului Pas pada dua PRK diadakan Sabtu lalu.
Bagi P.93 Sungai Besar, Amanah sebagai parti baharu yang usianya bakal genap setahun September depan telah mendahului Pas dengan 7,609 undi manakala di P.67 Kuala Kangsar, Amanah hanya kurang 801 undi daripada calon Pas.
Sementara itu prestasi Pas bagi kedua-dua Parlimen itu menjunam teruk apabila hilang 18,846 undi yang pernah diterimanya pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
Untuk rekod, PRK di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah penampilan sulung Amanah dalam pentas demokrasi di Semenanjung selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11, 7 Mei

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena