Wednesday, 22 June 2016

Rahsia Bill Kayong Terbongkar?

Rabu, 22 Jun 2016
.

Setelah Meninggal Dunia, Rahsia Bill Kayong Terbongkar?


Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Miri, Bill Kayong yang ditembak matipagi semalam disahkan sebagai muslim dan jenazah akan diurus mengikut cara Islam.

Pegawai Agama Islam Bahagian Miri, Jamaluddin Taim berkata, Bill Kayong, 43, ataupun nama Islamnya Mohd Asbi Abdullah memeluk islam selepas berkahwin dengan isterinya Hasyikin Hatta, 41, yang beragama Islam.

Menurutnya, pihaknya juga mempunyai rekod pengislaman Bill Kayong di Pejabat Agama Miri.

"Pihak kami juga sudah bertemu dengan isterinya dan diberitahu Bill Kayong akan disemandikan dengan cara Islam pada hari Jumaat ini di Tanah Perkuburan Batu 1, Kuala Baram," katanya.

Semalam, ahli politik itu ditembak mati oleh individu tidak dikenali di Persimpangan Lampu Isyarat berdekatan E-Mart, Tudan pada pada jam 9 pagi.

 Mangsa yang memandu pikap Toyota Hilux disahkan meninggal dunia ditempat kejadian akibat terkena tembakan di leher menggunakan senapang patah.
Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena