Friday, 17 June 2016

[Video] Pertengkaran apabila wartawan dilarang ambil gambar & Ada pengundi tak boleh mengundi.

Sabtu, 18 Jun 2016

Pertengkaran apabila wartawan dilarang ambil gambar
Pertengkaran berlaku di pusat pengundian di SJK (C) Tsung Wah di Kuala Kangsar apabila seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melarang wartawan mengambil gambar di luar perkarangan pusat mengundi itu
Ini berlaku apabila seorang wartawan keluar dari pusat mengundi dan kakitangan SPR itu memberi amaran kepadanya supaya tidak mengambil gambar di luar.
Menurut kakitangan itu, wartawan hanya boleh mengambil gambar 50 meter dari pintu utama pusat mengundi.
Secara kebetulan, beberapa wakil rakyat DAP tiba dan bertanya kepada pegawai itu peruntukan mana yang melarang wartawan mengambil gambar.
Mereka adalah ADUN DAP Tronoh, Paul Yong; ADUN Malim Nawar, Leong Cheok Keng dan ADUN Aulong, Leow Thye Yih.
Mereka terlibat dalam pertengkaran itu dan kakitangan SPR tersebut akhirnya meminta penyelia Khairunniza Basir menangani perkara itu.
Khairunniza akhirnya memohon maaf atas insiden itu, dan menjelaskan wartawan dan jurugambar boleh memasuki tempat mengundi.
Beliau berkata malah jurugambar juga boleh mengambil gambar dalam pusat mengundi, tetapi bukan di dalam bilik mengundi.



Malaysiakini


'Ada tak boleh mengundi kerana dipindah kawasan'


Beberapa orang pengundi yang selama ini mengundi di Jalan Kangsar, mendapati mereka tidak boleh mengundi kali ini.
Ini kerana mereka telah dipindahkan ke kawasan lain, kata Pengarah Pilihan Raya AMANAH, Hatta Ramli.
Katanya, beliau mengetahui mengenai perkara itu apabila lima daripada 10 pengundi hadir di 'pondok panas' mereka untuk menyemak pusat pengundian mereka.
"Saya rasa ini boleh menjejaskan keputusan kami," kata Hatta.
Seorang pengundi wanita juga memberitahu wartawan di pusat pengundian bahawa ramai pengundi terkejut mereka tidak boleh mengundi hari ini.
Hatta berkata mereka akan membawa perkara itu kepada SPR.



Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena