Friday, 17 June 2016

Terkini! Undi protes dalaman Umno tinggi 'Malapetaka kepada BN'...Jangan bazir undi, kata Ilham Centre

Jumaat, 17 Jun 2016
Page Liked · 3 hrs
 
Bukan fitnah atau tuduh, tapi dari page parti Najib sendiri... memang penyokong parti najib memiliki kekuatan material yang tidak ada pada PAS dan AMANAH...sampai bila wang mampu mengangkat kebathilan dan menjatuhkan kebenaran..??..fikirkan sendiri..

Jangan bazir undi, undi protes boleh kalahkan BN, kata Ilham Centre

Calon Barisan Nasional (BN) boleh dikalahkan dalam dua pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar jika pengundi tidak membazirkan undi mereka dengan mengundi Pas yang sudah pasti kalah atau undi protes di kalangan ahli Umno mengundi Amanah dalam pilihan raya kecil esok.
Demikian kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan kajian yang dilakukan oleh penyelidik bebas Ilham Centre, kata Pengerusi Eksekutifnya, Hisomuddin Bakar.
Bagi beliau, ketika keputusan hampir menjadi milik BN, keputusan upset boleh berlaku saat-saat akhir sekiranya jentera BN gagal menangani elemen protes senyap dalaman parti Umno.
"Malapetaka kepada BN ini boleh disumbangkan oleh undi protes dalaman Umno tinggi, undi bukan Melayu solid kepada Amanah, undi kelompok anti BN dan undi 'fence sitter' beralih mengundi pembangkang," kata Hisomuddin dalam analisisnya terhadap kajian mereka.
Kajian Ilham Centre berbeza dengan kajian oleh Amanah sebagaimana yang dumumkan oleh presidennya Mohamad Sabu yang mendapati sokongan sudah memihak kepada mereka. Menurut Ilham Centre, peratusan besar respondan yang menjawab 'Tidak Tahu' menyebabkan BN berada di depan berbanding dengan Amanah. 
Hisomudin mengaku, perubahan pola kesan daripada kempen agresif oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sedikit sebanyak menggoncang titik kekuatan Umno di kawasan pedalaman yang mempunyai nilai sentimental dengan negarawan itu mengheret mereka membuat analisa sehingga saat akhir tempoh pengundian.
"Ketika fasa awal kajian sebelum penamaan calon, kami mendapati BN selesa di hadapan manakala PAS mengekori rapat di dua-dua kawasan ini dan Amanah hampir tidak dikenali oleh majoriti pengundi.
Keputusan kajian Sungai Besar oleh Ilham CentreKeputusan kajian Sungai Besar oleh Ilham Centre"Ketika kami meninjau pergerakan kempen selepas penamaan calon, prestasi Amanah dilihat berkembang dengan mendadak.
"Kehadiran Menteri Besar Selangor memberikan sokongan kepada calon Amanah telah melenyapkan teka-teki pendirian beliau yang dilihat seolah-olah tidak mahu memihak kepada Amanah mahupun PAS," katanya.
Menurut Hisom, kemuncak gegaran kempen di pihak Pakatan Harapan yang diwakili Amanah apabila Tun Mahathir bersedia untuk turun berkempen.
"Kehadiran beliau di Sungai Besar dan Kuala Kangsar merubah trend politik tradisi pengundi tegar BN.
"Bagaimanapun kajian kami menunjukkan Amanah masih bergelut untuk mengatasi kubu tradisi Barisan Nasional di Sungai Besar dan Kuala Kangsar terutamanya di kawasan majoriti Melayu," katanya.
Kajian ini dilakukan serentak di dua kawasan pilihanraya melibatkan 420 responden di Sungai Besar dan 402 responden di Kuala Kangsar. Kajian akhir dilakukan bermula 11 hingga 16 Jun 2016. Laporan kajian disiapkan pada 17 Jun 2016.
Faktor Tun Mahathir Signifikan di Dua Kawasan PRK
Hisomudin Bakar, Pengerusi Eksekutif Ilham Centre.Hisomudin Bakar, Pengerusi Eksekutif Ilham Centre.Menurut Hisomuddin, dapatan kajian mendapati sebanyak 73 peratus di Sungai Besar dan 81 peratus di Kuala Kangsar bersetuju bahawa gerakan Tun Mahathir mampu mengubah sokongan pengundi kepada BN.
Kuala Kangsar mencatatkan penerimaan positif pengundi Umno terhadap kempen Tun Mahathir kerana digerakkan secara intensif oleh Datuk Hamidah Osman dan Datuk' Kamilia Ibrahim untuk meningkatkan undi protes kepada BN.
Ini ditambah lagi dengan protes senyap di kalangan pemimpin Umno Bahagian Kuala Kangsar yang kecewa dengan pemilihan Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calon, katanya.
Manakala di Kuala Kangsar, penerimaan kempen Tun Mahathir agak sederhana ekoran kesukaran untuk menembusi kubu kuat BN di DUN Sungai Panjang. Limitasi kadar penetrasi kawasan Daerah Mengundi Melayu terutama kawasan tegar Umno membezakan penerimaan kempen Tun Mahathir berbanding Kuala Kangsar.
Namun begitu, persamaan juga wujud dari aspek suara-suara ketidakpuasan hati beberapa kumpulan di dalam Umno Bahagian Sungai Besar yang mempertikaikan pemilihan ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi sebagai calon BN.
"Kesemua elemen ini kami kategorikan elemen luar kawal dan ramal dan untuk dibuat tafsiran sejauhmana memberikan kesan kepada undi Barian Nasional," kata Hisomuddin.
Kesan tiga hari kempen Tun Mahahir diterima baik khususnya di semua lokaliti Daerah Mengundi Melayu yang menjadi kubu kuat Umno masih belum dapat dibaca sama ada akan berlaku protes senyap terhadap BN dalam bentuk mengundi calon pembangkang, merosakkan undi ataupun tidak keluar mengundi. Kesemua senario itu berpotensi merugikan BN.
Tambahan lagi, semua pihak yang anti Barisan Nasional kelihatan berdiri di belakang Amanah menjadikan Amanah menerima sokongan mendadak di saat-saat akhir kempen.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena