Thursday 2 June 2016

[Video Bohong & Tolak Parti "Khunza"!] 'Hang MABUK?' Khalid Samad Sound PAS.

Khamis, 2 Jun 2016


Pakai seperti pahlawan Melayu itu sebenarnya mabuk - AMANAH


Perang mulut tercetus antara PAS dan Parti Amanah Negara (Amanah) semakin menjadi-jadi nampaknya.
Semalam, Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz menuduh DAP 'memberi arak' kepada sesetengah bekas ahli PAS sehingga tertubuhnya Parti Amanah Negara (AMANAH).
‎Anggota Parlimen Pasir Mas itu berkata, DAP sebenarnya sombong sehingga mereka tidak sedar kesombongan sendiri.
Bagaimanapun, pengarah komunikasi Amanah, Khalid Samad mendakwa para pemimpin PAS sebenarnya yang mabuk, sambil menggunakan aspek pemakaian baju pahlawan Melayu sebagai buktinya.
‘Satu petanda seseorang yang mabuk ialah beliau rasa hidup dalam zaman yang berbeza.’
"Kita hidup di abad ke-21 tetapi anda datang ke majlis rasmi memakai baju pahlawan Melayu dari kurun ke-14. Orang seperti ini yang sebenarnya mabuk," kata ahli parlimen Shah Alam kepada wartawan.
Semasa Muktamar Pemuda PAS di Kelantan baru-baru ini, tercetus suatu kelainan dari segi pemakaian apabila pemimpin kanannya tampil dengan pakaian seperti pahlawan Melayu.
Ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang sebelum ini selalu tampil berkopiah kali ini nyata berbeza dengan bertanjak dan menyelit keris di pinggang.
Malah, sebaik tiba di lokasi muktamar di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu, pemimpin parti Islam itu disambut dengan paluan rebana ubi iaitu muzik tradisional Kelantan.
Selain itu, alunan muzik wayang kulit turut mengiringi acara yang berlangsung di dalam dewan muktamar di samping persembahan bacaan al-Quran dan deklamasi sajak.
Malah, gimik pelancaran muktamar itu juga dilakukan dengan paluan empat buah gong‎.
‎Keadaan ini berbeza dengan sebelumnya apabila pemimpin PAS lebih selesa dengan imej biasa mereka berkopiah putih, berserban dan berjubah.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Ketua Pemuda Muhammad Khalil Abdul Hadi turut berpakaian sedemikian.
Ini muktamar pertama PAS selepas meninggalkan gabungan dengan PKR dan DAP dan membentuk blok baru dengan parti kecil Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).
Malaysiakini

2 comments:

Benbrahem said...

"The Time Tunnel" nostalgia zaman feudal Melayu bermula abad 14. Melayu pantang sekali derhaka. Raja adil raja "disembah", raja zalim raja disanggah. Mitos Hang Tuah melakarkan ketaatan total kepada sang penguasa tanpa berbelah bagi. Titah raja dalam apa jua situasi adalah muktamad. Rakyat mesti akur walaupun dalam perkara yang batil. Bersuara bererti derhaka. Konsep inilah yang dibenam dalam minda Melayu hingga hari ini hingga menjadi bangsa yang di"bangsat"kan pemimpin banganya sendiri.

cikmatgelap said...

dia org tu semua dah jumpa profesor back to future....tu yg dapat idea mcm tu....

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena