Thursday, 3 November 2016

[Video] 'Kita mahu bukan sahaja Najib tumbang, kita tak mahu Najib kedua' & Projek ECRL paling mahal di dunia tampung hutang 1MDB?

Khamis, 3 November 2016



Tiada kata lain untuk digambarkan... Malaysia ditadbir oleh sekumpulan serigala lapar yang tak mengira mangsa..

#KekalNajib #MakaKekalBR1M


Korang jangan plok nak bising2 barang naik..
KAN BR1M DAH DINAIKKAN !!!

Najib dah kata.. EKONOMI NEGARA SEMAKIN KUKUH, MAPAN.. Tu pon masih tak bersyukur..

Menteri Rahman Dahlan pernah kata..
"Kalau rakyat rasa hidup tertekan adalah lebih baik balik kampung tanam cili & jagung.."

Projek ECRL paling mahal di dunia tampung hutang 1MDB?

Sim Tze Tzin
Sim Tze Tzin
Projek East Coast Rail Line (ECRL) yang begitu mahal menimbulkan persoalan sama ada ia sengaja dilambung harga bagi menampung hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) ketika membahaskan Bajet 2017 pada sidang Dewan Rakyat hari ini berkata, kerajaan telah berjaya mendapat pinjaman mudah sebanyak RM55 bilion daripada EXIM Bank China.

Sedangkan pada 26 Julai lalu, Sarawak Report  melaporkan bahawa kos sebenar projek hanyalah RM27 bilion tetapi dilambung harga bertujuan membayar hutang-hutang 1MDB.
"Laman web Sarawak Report juga memaparkan 'leaked documents' yang memaparkan anggaran kos projek dan lebih-lebih lagi memaparkan jadual bayaran hutang 1MDB. Ini menimbulkan krisis keyakinan tentang projek ECRL.
"Mengapakah rakyat Malaysia perlu menanggung projek yang begitu mahal? Mengapakah ia diberi kepada syarikat China tanpa tender terbuka? Mengapakah tanah akan diambil oleh kerajaan Malaysia kemudian diberi kepada pihak China? Mengapakah ada 'leaked documents' yang memaparkan jadual pembayaran kepada syarikat 1MDB dan hutang-hutang 1MDB?" soalnya.
Dakwaan beliau itu turut disokong dengan kehadiran Arul Kanda dan Riza Aziz bersama rombongan Perdana Menteri ke China yang menimbulkan spekulasi sama ada lawatan Perdana Menteri ke China adalah lawatan untuk “menyelamatkan 1MDB, soal Sim.

"Kita mohon jawapan yang terus terang daripada Perdana Menteri. ECRL mengikut pengumuman Bajet 2017 adalah sepanjang 600 km dari Kuala Lumpur ke Tumpat. Maka persoalan yang ditimbulkan adalah adakah kos itu munasabah?

"Kos pembinaan projek rel adalah berbeza-beza dan bergantung kepada pelbagai faktor antaranya geografi, pembinaan jambatan, pembinaan terowong, pengambilan tanah dan sebagainya.
"Jika dikaji secara kasar, RM55 bilion dibahagikan kepada 600km, kos per kilometer adalah bersamaan dengan RM92 juta," ujarnya.
Beliau juga merujuk kepada dua  projek landasan keretapi Yichang-Wanzhou Railway yang disifatkan sebagai projek landasan keretapi paling sukar pernah dibina di China.
Ia juga disifatkan sebagai antara projek landasan keretapi yang paling mahal di dunia apabila landasan keretapi sepanjang 377 km itu membabitkan pembinaan jambatan dan terowong dengan panjang keseluruhan 288 km. 
"Qinghai-Tibet Railway juga merupakan landasan keretapi yang sangat susah dibina kerana ia berada di kawasan gunung dan cuaca yang terlampau sejuk.

"Jika kita bandingkan kos pembinaan YiChang-Wanzhou Railway dengan RM36 juta per kilometer, dan Qinghai-Tibet Railway yang berharga RM17 juta per kilometer, maka ECRL adalah 250% dan 540% lebih mahal daripada dua projek tersebut.

"Mengikut laporan YiChang-Wanzhou Railway adalah antara projek paling mahal di dunia kerana cabaran kejuruteraan projek tersebut. Maka adakah ECRL bakal menjadi projek termahal di dunia?" soalnya lagi.

1 comments:

Unknown said...

saya ibu irma seorang TKI DI SINGAPURA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah gaji itupun buat biaya anak sekolah di kampung sedangkan hutang banyak sama majikan kebetulan saya buka-bukan internet mendapatkan nomor MBAH SERO katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan togel dengan keadaan susah dan saya sudah bingun tidak mendapat solusi gimana cara untuk membayar hutang terpaksa saya hubungi MBAH dan minta angka bocoran karna di SINGAPURA ada pemasangan togel angka yang kemarin di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat Rp.250.juta dalam bentuk uang indo dan saya sudah bisa melunasi hutang Rp.50.juta sama majikan sisanya rencana mau pulag kampung untuk buka usaha saya bagi saudarah-saudarah di indo maupun di luar negeri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah lansung hubungi nomor hp (-082-370-357-999-) MBAH SERO demikian kisah nyata dari saya tampah rekayasa atau silahkan buktikan sendiri..

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena