Friday, 18 November 2016

[Video] #KitaSemuaBERSIH - Sokong peniaga kecil! Turun jalan raya! Sepucuk surat daripada anak Maria Chin & Mesej ringkas daripada Pengerusi Bersih dan Mandeep Singh.

Sabtu, 19 November 2016


Maaf kerana hari ini kami terpaksa tutup pusat jualan BERSIH 2.0. Pada yang masih belum ada baju #BERSIH5 esok ramai yang akan jual. Sokong peniaga kecil! Turun jalan raya!
Sepucuk surat, sebuah pesan dari Mandeep Singh yang kini di tahan pihak berkuasa.

Image result for Foto Maria Chin ditangkap polis
Mesej ringkas daripada Maria:
Perjuangan BERSIH bukan tentang saya. Mereka boleh menangkap saya seberapa banyak kali, tetapi perjuangan Bersih akan diteruskan. Kerana BERSIH adalah pergerakan rakyat menentang korupsi dan menuntut perubahan.
Fokus kepada misi kami. Bantah korupsi. Tuntut pembaikan sistem politik dan institusi. Satukan tenaga, Malaysia Baru!
Image result for Gambar maria ditahan polis
Sepucuk surat yang dikirimkan oleh Azumin, anak Maria Chin Abdullah. Beliau minta jika saya boleh bantu sebarkan surat yang ditulis oleh mereka ini. Saya katakan, saya mungkin tidak mampu jika hanya seorang diri, tapi saya yakin teman-teman lain akan bantu sebarkan suara kalian. Baca dan sebarkan
MALAM INI SEBELUM BERSIH
Malam sebelum himpunan BERSIH, tentu sekali semua orang sedang bersedia untuk turun ke himpunan tersebut; himpunan yang menjadi satu lagi langkah ke arah pilihan raya yang bersih dan adil buat Malaysia. Jam sekitar 6.00 petang, kami di rumah sedang menyediakan makan malam ketika menerima panggilan daripada seorang rakan kepada keluarga yang bertanyakan keadaan, dan adakah kami sudah mendengar berita. Kebingungan, kami tanyakan apa yang sedang berlaku? Beliau terangkan bahawa ibu kami baru sahaja ditahan dan telah dibawa ke balai polis untuk siasatan selanjutnya.
Sejam kemudian, kami tiba ke balai tersebut dan terus menunggu peguam membawa kami masuk berjumpa dengan ibu kami. Ketika kami akhirnya berjumpa dengannya, beliau terangkan yang beliau dituduh mengancam kestabilan kerajaan. Kedua-dua ibu dan Mandeep yang ada bersama meyakinkan kami yang semuanya akan berlangsung dengan baik, tenang, dan tertib. Kami hanya harap tuduhan ke atas ibu kami dapat digugurkan dan dia dilepaskan segera.
Setelah semua yang berlaku ini, adalah mengecewakan apabila orang-orang yang hanya memperjuangkan sebuah pilihan raya yang bersih dan adil dituduh sebagai ancaman kepada negara. Adakah ini negara yang kita sebagai rakyat Malaysia inginkan? Negara yang mana rasuahnya bermaharajalela, pilihan rayanya kotor, dan orang yang tidak bersalah disumbat sebalik jeriji besi?
Ketika kami kecil, kami tidak faham apa yang ibu dan ayah kami perjuangkan, kenapa ayah benar-benar menentang I.S.A. Ayah kini telah tiada. Hari ini, kami sudah cukup dewasa untuk memahami betapa penting dan besarnya pengorbanan orang-orang seperti mereka. Orang seperti ibu dan ayah kami, yang berani bersuara melawan penyelewengan dan rasuah tidak melakukannya untuk diri mereka sendiri, sebaliknya untuk generasi yang akan datang.
Ketika kami tuliskan surat ini, kita rakyat Malaysia hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi menuju ke saatnya kita bersuara untuk memperjuangkan perubahan buat Malaysia. Adalah penting untuk kita tunjukkan bahawa kita tidak akan sama sekali bertolak ansur dengan ketidak adilan yang masih bebas dilakukan oleh pemerintah.
Kami berharap agar rakyat Malaysia yang hadir esok, atau yang sedang mengikuti perkembangan daripada rumah, mendengar apa yang kita semua suarakan, serta memahami apa yang sedang diperjuangkan oleh BERSIH. Kami bertiga doakan himpunan ini akan berlangsung dengan aman esok. Jumpa di sana.
Ikhlas,
Azumin, Aziman, Azemi – anak-anak Maria Chin Abdullah dan Almarhum Yunus Lebai Ali.

1 comments:

Unknown said...

Kepada Azumin, Aziman dan Azemi bersabar lah. Apa yang di perjuangkan oleh ibu kamu itu ada lah sesuatu yang mulia dan ALLAH akan tetap bersama mereka yang sabar juga yang menetang segala yang batil. Kalau tidak mana mungkin ALLAH berfirman saperti yang terdapat di surah HUD ayat 113 dan 115 yang bermaksud:Dan jangan lah kamu cenderung kepada orang orang yang suka berbuat dosa, kerana nanti kamu kena seksa api "NERAKA", pada hal tidak ada pelindung kamu semua selain daripada ALLAH, kemudian kamu tak akan mendapat pertolongan NYAHUD 113. Di sini jelas sekali bahawa ibu kamu sedang memperjuang kan satu pilihan raya yang bersih. Di luar sama ramai yang tahu bahawa belum pernah PR di Malaysia ini bersih kerana penyelewangan di laku kan oleh kesemua mereka yang terlibat dengan PR, terutama UMNO/BN dan SPR. Malang sekali kerana masih ada yang menyukai sesuatu yang kotor saperti "BAJU MERAH", Parti Pak Lebai dan sebahagian orang Islam. Dan di ayat 115 pula ALLAH berfirman dengan maksud nya:Dan hendak lah engkau sabar, sebab ALLAH tidak akan menyia nyiakan ganjaran orang orang yang berbuat baik.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena