Sunday, 18 December 2016

Jumpa Pimpinan Syiah, Ustaz Rozaimi Kritik Sikap Hadi Awang! Kecoh Hadi ke Iran: Ini jawapannya...?

Isnin, 19 November 2016

Jumpa Pimpinan Syiah, Ustaz Rozaimi Kritik Sikap Hadi Awang

Ustaz memberikan kritikan itu susulan penyebaran gambar Presiden PASyang dilihat bermesra-mesraan dengan agamawan syiah. Gambar itu viral di laman sosial dengan tujuan menyindir PAS yang kononnya anti syiah tetapi Presiden sendiri berbaik-baik dengan syiah.

Bahkan ada beberapa pihak yang menyindir penyokong-penyokong PASyang sebelum ini beria-ria mengutuk Mat Sabu dan Khalid Ismath sebagai syiah dan tidak boleh sunni berbaik-baik dengan syiah namun Presiden PAS pula mengambil pendekatan yang berbeza. 

Penyokong-penyokong PAS dikritik sebagai talam dua muka kerana menghalalkan perbuatan berbaik-baik dengan syiah apabila melibatkan pemimpin mereka manakala mengkritik perkara tersebut jika melibatkan musuh politik mereka. 

Berikut di bawah ialah kenyataan penuh Ustaz Rozaimi tentang isu pertemuan Tuan Guru Hadi Awang bersama agamawan syiah.
Respon netizens dalam kritikan Ustaz Rozaimi ke atas Tuan Guru Hadi Awang juga pelbagai. Ada yang menyokong namun ada juga yang membantah dan mempersoalkan kenyataan Ustaz Rozaimi yang dilemparkan kepada Tuan Guru Hadi Awang adalah terlalu terburu-buru tanpa memberikan penjelasan dan ruang kepada Presiden PAS itu untuk menjelaskan keadaan sebenar.

Untuk rekod, TGHH sebelum ini dilaporkan mengunjungi Iran bagi membincangkan krisis Syria yang semakin meruncing, perbincangan itu diharapkan dapat mencari penyelesaian dan hala tuju terbaik kepada masalah perang yang berterusan di antara Rejim Basyar Al-Assad dengan tentera pemberontak dan IS. - Sozcyili.

Kecoh Hadi ke Iran: Ini jawapannya...
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
19 Disember 2016
SHAH ALAM - Pemergian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke konferensi Persidangan di Iran adalah antara permintaan wakil Ittihad Ulama Muslimin dari Iran, Dr Abdurrahman Bayraan (orang sunni dan dilantik oleh Syeikh Dr Yusof Qardhawi).
Demikian ulasan Setiausaha Politik Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berhubung kekecohan yang timbul mengenai dakwaan sesetengah pihak Abdul Hadi 'salah tempat' dan tidak wajar menghadiri persidangan tersebut.
Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata, kehadiran Abdul Hadi juga adalah satu alternatif untuk beliau membawa suara kelompok Sunni yang berada di Iran bagi mengurangkan sedikit tekanan terhadap mereka.
"Selain itu, Tuan Guru juga menjelaskan isu-isu keganasan dan puncanya di waktu ini," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Katanya lagi, pemergian itu juga telah dimaklumkan oleh Abdul Hadi kepada Setiausaha Agung Ittihad Alami iaitu Prof Dr Ali Qaradaghi yang datang ke Kuala Lumpur bulan lepas.
"Jadi tak timbul ianya bercanggah dengan pandangan Syeikh Dr Yusof Qardhawi. Selain daripada Tuan Guru, antara tokoh Sunni lain yang hadir ialah Sheikh Dr Mustafa Ceric (Mufti Bosnia Herzegovina), Mufti Iraq, Wakil Hamas, Mursyid Am Saadat Party Turki, Sheikh Dr Taj El- Din Hilaly (mantan Mufti Umat Islam Australia), wakil dari Jamaat Islami Pakistan dan sebagainya lagi," katanya lagi.
Oleh itu, katanya isu yang dibangkitkan mengenai apa yang berlaku di Syria dalam minggu ini memerlukan kupasan yang lebih mendalam.
"Insya-ALLAH Tuan Guru sendiri akan mengupasnya secara bebas tanpa dipengaruhi oleh mana mana media antarabangsa atau mana mana pihak, berdasarkan gambaran yang lebih luas. Lajnah Hubungan Luar dan Antarabangsa Pas Pusat akan memaklumkan tarikh dan waktunya yang sesuai untuk program berkenaan," katanya.

Persidangan ini dianjurkan oleh Institut Antarabangsa Bagi Penyatuan Mazhab Islam berakhir pada petang semalam dengan ucapan penutup telah disampaikan oleh pemimpin tertinggi Iran, Ayatullah Ali Khameini.
Sinar Harian.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena