Wednesday, 21 December 2016

Semakin kuat angin PRU14 bertiup...Ratu Naga nak hantar 'bantuan air' kena baling telur dan disimbah air merah.

Khamis, 22 Disember 2016
Ratu Naga disimbah air berwarna merah oleh penyokong Jamal.
Ratu Naga disimbah air berwarna merah oleh penyokong Jamal.
Foto Ammad Ibni Sharif.
Foto Otai BERSIH.
Hari tu surat untuk sekolah salah satu daerah di Terengganu. Kini surat untuk daerah Tawau, Sabah pula. Semakin kuat angin PRU14 bertiup.

Ratu Naga ketika bergelut dengan penyokong Jamal.
Ratu Naga ketika bergelut dengan penyokong Jamal.


Ratu Naga nak hantar bantuan air kena baling telur, simbah air depan rumah Jamal

Ratu Naga dan beberapa ahli dari NGO yang mengadakan demontrasi balas isu air didakwa diserang dan dipukul  di hadapan rumah Pengerusi Gabungan NGO Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunus  dalam insiden simbah air dan baling telur pagi ini.
Ratu Naga atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah bersama beberapa ahli NGO dari Pertubuhan Sinar Ehsan dan Kelab LLL Malaysia telah berkumpul di hadapan rumah Jamal pada jam 10 pagi tadi.
"Saya dan NGO nak bagi bantuan air ke rumah Jamal.
"Tapi bila saya tiba pada jam 10 pagi Jamal bersama lebih kurang 30 orangnya (penyokong) mengepung saya dan saya keluar dari kereta sebab nak hantar bantuan air saya diserang dan dipukul oleh penyokongnya," ujarnya ketika itu beliau bersama enam orang menaiki dua buah kereta telah diserang.
Dakwanya pergaduhan tercetus apabila salah seorang penyokong Jamal telah mencampakkan baldi air ke arahnya dan lari lalu bermula pergelutan dengan membaling telur ke arah mereka.
"Berlaku pergaduhan di situ dan saya terpaksa bergelut dengan orang Jamal sambil dilindungi suami saya.
"Saya tak berganjak tetap bergelut. Mereka kata jangan kacau Jamal...jangan kacau Jamal," ceritanya kepada Malaysia Dateline.
Menurut Ratu Naga yang kini menjadi ahli PKR berkata, beliau tidak faham mengapa hasratnya dan NGO terbabit untuk menghantar bantuan air Jamal dan penyokongnya bertindak sedemikian?
"Jadi selama ini Jamal hanya politikkan isu ini untuk perhatiannya. Bila kami NGO kebajikan nak hantar air, mereka serang kami pula," ujarnya.
Justeru katanya lagi, beliau akan mengadakan sidang akhbar di Restoran Pelita Jalan Ampang tengahari ini untuk menjelaskan lanjut insiden berlaku pagi tadi di hadapan rumah Jamal.
Semalam Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar mengadakan protes tiada air di hadapan bangunan SUK Selangor
untuk membenarkannya mandi di pejabat Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali kerana beliau tidak mandi selama empat hari.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena