Panjat Papan Tanda Ipoh : MBI Nafi Beri Kebenaran, Akan Buat Laporan PolisPerak Hari Ini
Foto
Otai BERSIH
Foto BERNAMA
Foto BERNAMA
Foto
Otai BERSIH
IPOH:Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menafikan dakwaan tindakan memberi kebenaran kepada sekumpulan remaja untuk memanjat papan tanda ‘IPOH’ di sini.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man menegaskan, pihaknya tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak memanjat papan tanda itu kerana ianya aktiviti yang membahayakan nyawa.
“Struktur yang didirikan itu bukan didirikan untuk menampung beban tambahan seperti berat individu-individu tersebut dan sekiranya selepas ini berlaku sebarang insiden yg melibatkan perkataan ‘IPOH’ tersebut tumbang dan menimpa pengguna-pengguna jalanraya.
“Pihak MBI ingin menegaskan bahawa ianya berkemungkinan besar berpunca daripada pencerobohan yang dilakukan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu, viral di media sosial beberapa keping gambar sekumpulan remaja yang memanjat dan bergambar di papan tanda ‘IPOH’ di Jalan Kuala Kangsar di sini.
Seorang gadis yang memuatnaik gambar tersebut di laman Instagramnya mendakwa, beliau turut menerima keizinan daripada pihak MBI untuk memanjat papan tanda itu.
Susulan itu, Zamri berkata, MBI akan menjalankan siasatan terhadap sekumpulan remaja tersebut dan akan membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan keras dikenakan terhadap individu-individu berkenaan.
“Mereka ini boleh dikenakan tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Vandalisme yang mana hukumannya adalah denda atau penjara atau kedua-duanya sekali,”katanya.
0 comments:
Post a Comment