Dato' Seri Najib seringkali cuba untuk menguar-uarkan kejayaan-kejayaan beliau dari segi prestasi ekonomi negara. Malangnya, kesemua angka-angka besar yang sering dijaja oleh Dato’ Seri Najib kebelakangan ini langsung tidak diterjemahkan kepada peningkatan mutu hidup rakyat. Lebih ringkasnya, rakyat tidak merasa pun kejayaan-kejayaan ekonomi yang diuar-uarkan itu kerana ia tertumpu di kalangan beberapa kelompok sahaja: projek-projek besar yang disebut rata-ratanya menggunakan pekerja asing dan kepakaran asing.
Ukuran sebenar peningkatan mutu ekonomi rakyat sepatutnya dilihat daripada berapa banyak peluang pekerjaan yang dibuka kepada rakyat Malaysia. Dato’ Seri Najib harus tahu bahawa cabaran sebenar beliau selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ialah untuk mengatasi kesusahan rakyat akibat kebanjiran pekerja asing yang menyempitkan lagi peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.
BR1M sahaja tidak cukup untuk menanggung kos sara hidup rakyat!
Masalah bebanan dan kesan buruk dari lambakan dan kebergantungan kepada pekerja asing ini benar-benar telah mengatasi kebaikan kos buruh yang lebih rendah yang sering diuar-uar sebagai sebab kenapa Malaysia tidak boleh mengurangkan pekerja asing.
Lambakan dan kebergantungan tersebut adalah salah satu punca utama pengangguran di kalangan rakyat Malaysia apabila tenaga kerja Malaysia yang tidak berpendidikan tinggi dikira tidak sesuai (atau tidak mampu bersaing) untuk kerja-kerja yang tidak memerlukan kemahiran teknikal.
Apa perlunya restoran-restoran dan kedai-kedai menggaji pekerja asing sebagai pelayan sedangkan kerja-kerja tersebut boleh dibuat dengan baik oleh pekerja tempatan?
Apa perlunya kilang-kilang yang tidak memerlukan kemahiran teknikal dan khusus menggaji pekerja asing sedangkan kerja-kerja tersebut sepatutnya diisi oleh rakyat tempatan?
Sebab itu saya menyeru supaya Dato' Seri Najib membentangkan senarai industri-industri yang dibenarkan membawa masuk pekerja asing dan industri-industri yang menggunakan pekerja asing walaupun sebenarnya tidak termasuk di dalam senarai yang diluluskan.
Saya yakin ada banyak industri yang tidak dibenarkan membawa masuk pekerja asing tetapi oleh kerana kelompongan dasar dan prosedur di pihak kerajaan, industri-industri ini secara berterusan menggunakan pekerja asing dan menafikan hak pekerja rakyat Malaysia.
Saya menyeru supaya semua pihak memberi fokus kepada usaha-usaha untuk mencapai konsensus nasional agar ada komitmen dan rancangan di peringkat tertinggi kerajaan untuk mengurangkan lambakan dan kebergantungan kepada pekerja asing menjelang tahun 2030.
INVOKE Malaysia akan terus berkempen untuk memperjuangkan hak rakyat Malaysia untuk mendapat pekerjaan dan dibayar dengan gaji yang setimpal untuk mengurangkan beban dari kos sara hidup yang semakin tinggi kerana polisi-polisi Dato' Seri Najib Razak yang seringkali menganiayakan mereka yang berkesempitan hidup.
Sertai kempen Bina Semula Negara ini dengan mendaftar sebagai sukarelawan di http://bit.ly/ JomJoinINVOKE
Anda juga boleh bersama memberi sumbangan ke arah mengumpul dana kempen Bina Semula Negara di http://bit.ly/ contributeinvoke
atau menyumbang terus ke bank akaun INVOKE Malaysia:
INVOKE Solutions Sdn Bhd
Maybank (No akaun: 5622 0964 0698)
Perubahan boleh berlaku dengan setiap usaha kita.
Rafizi Ramli
Sukarelawan INVOKE #00001

Sertai kempen Bina Semula Negara ini dengan mendaftar sebagai sukarelawan di http://bit.ly/
Anda juga boleh bersama memberi sumbangan ke arah mengumpul dana kempen Bina Semula Negara di http://bit.ly/
atau menyumbang terus ke bank akaun INVOKE Malaysia:
INVOKE Solutions Sdn Bhd
Maybank (No akaun: 5622 0964 0698)
Perubahan boleh berlaku dengan setiap usaha kita.
Rafizi Ramli
Sukarelawan INVOKE #00001
0 comments:
Post a Comment