Thursday, 30 November 2017

[Video MENGGIGIL Umno Najib! BERIBU Ahli UMNO BN Beralih MASUK Parti WARISAN] Kilang kayu terbesar Malaysia (Sabah Forestry Industry) potong 50% gaji pekerja kerana berhutang sebanyak RM422 juta dgn Rabobank.

Khamis, 30 November 2017

Image result for Gambar bendera parti warisan

Kilang kayu terbesar Malaysia potong 50% gaji pekerja

Kilang kayu terbesar Malaysia potong 50% gaji pekerja
Beberapa pekerja SFI hadir untuk melihat sama ada mereka terpilih untuk mendapat bayaran gaji setengah atau diberikan cuti. Melalui kenyataan peguam, telah diketahui umum bahawa SFI berhutang sebanyak RM422 juta dengan Rabobank Nederland of Labuan Offshore Financial Centre. – Gambar The Malaysian Insight, 30 November, 2017.

SETELAH bergelut dengan hutang yang banyak, akhirnya pengilang kertas Sabah Forestry Industry Sdn Bhd (SFI) mengambil keputusan memotong setengah gaji setiap 1,390 pekerjanya.
Menurut sumber SFI, pekerja dibenarkan mengambil cuti atau tukar kerja sehinggalah SFI dibeli oleh pembida.
“Hanya lebih kurang 200 pekerja akan dikekalkan sampailah pemilik baharu ambil alih.
“Masih tak jelas bagaimana mereka yang dipotong gaji akan diambil semula,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Pagi tadi, pekerja berkumpul di kilang untuk melihat senarai nama pekerja yang terlibat.
SFI yang berpangkalan di Sipitang ditubuhkan pada 1988 merupakan kilang memproses kayu terbesar di Malaysia.
Ia menguruskan 288,000 hektar kawasan hutan, kemudahan pembuatan pulpa dan kertas, kompleks perkayuan bersepadu dan kilang venir dan papan lapis.
Pada 2007, ia mula beroperasi sebagai subsidiari kepada Ballipur Industries Limited (BILT), pengilang kertas tulis dan percetakan terbesar India.
Difahamkan kerajaan negeri memegang saham sebanyak 2% dalam syarikat, dan selebihnya oleh BILT (98%).
Pada September tahun lalu, SFI mula menunjukkan tanda masalah kewangan selepas pekerja dan staf diarahkan mengosongkan presmis kerana pelaksanaan pemulihan hutang yang diperintahkan oleh Shell Timur Sdn Bhd.
SFI dipercayai berhutang dengan Shell Timur sejumlah RM13 juta.
Pada Januari lalu, akhbar tempatan Borneo Post melaporkan seramai 1,600 pekerja SFI kehilangan kerja.
“Pekerja mengadu SFI melanggar terma dan syarat kontrak pekerjaan di mahkamah buruh,” kata pekerja syarikat itu.
Pada Mac, Mahkamah Tinggi Sabah setuju untuk menangguhkan prosiding mahkamah bagi memberi SFI tempoh dua bulan agar dapat menyelesaikan tuntutan pekerja sekitar RM23 juta.
Melalui kenyataan peguam, telah diketahui umum bahawa SFI berhutang sebanyak RM422 juta dengan Rabobank Nederland of Labuan Offshore Financial Centre.
The Daily Express turut melaporkan auditor bebas telah dilantik oleh bank untuk menyiasat akaun SFI dalam usaha untuk menyelamatkan syarikat itu yang prestasinya mula menurun berikutan penswastaan selepas PBC mengambil alih kerajaan negeri pada 1990-an.
Sebelum itu, pekerja SFI telah membawa SFI ke mahkamah buruh Sipitang berkaitan isu gaji pada 2009, namun mahkamah menolak isu itu atas alasan bukan bidang kuasa mahkamah.
Ketua Wira Warisan Sipitang, Nazib Maidan berkata beliau kesal dengan apa yang terjadi dengan pekerja SFI.
“Sebahagian dari mereka ada anak-anak yang bersekolah, perlu bayar bil dan lain-lain lagi. Isu SFI ini akan mengganggu ekonomi wilayah ini.
“Walaupun pekerja masih menikmati faedah syarikat seperti bangunan kuarters dan lain-lain, namun apa yang kami harapkan ialah pekerja boleh bertahan dan mengatasi masalah ini,” katanya. – 30 November, 2017.
The Malaysian Insight

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena