TAHNIAH DATUK AMIRUDDIN
Parti Amanah Negara (AMANAH) mengalu-alukan penyertaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Anak Bukit, Dato’ Amiruddin Hamzah bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) seperti yang diumumkan hari ini.
Bagi AMANAH, penyertaan beliau adalah satu lonjakan baru bukan sahaja kepada PPBM tetapi juga rakan-rakan parti dalam Pakatan Harapan khususnya di negeri Kedah dalam usahamemenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dijangka akan diadakan bila-bila masa.
Dengan pengalaman dan ketokohan yang ada kepada beliau, sudah tentu beliau akan berperanan menarik seramai mungkin rakyat di negeri Kedah untuk bersama perjuangan menegakkan keadilan dan mewujudkan sebuah kerajaan dengan tadbir urus yang baik.
AMANAH menghormati pilihan yang telah dibuat beliau. Selamat berjuang dan selamat maju jaya bersama PPBM.
#MenjunjungAmanahRakyat
MOHAMAD SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
26 November 2017

Majlis Pelancaran Wanita Pakatan Harapan Perak Di Wisma AMANAH Perak.
26 November 2017 Ahad
GERTAK
0 comments:
Post a Comment