Kalau tak bangga jadi rakyat Malaysia, keluar, kata PM
Perdana Menteri Najib Razak ketika berucap di hadapan 10,000 penjawat awam dalam satu sesi pertemuan yang diadakan di Kota Bharu Kelantan, hari ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 28 Januari, 2018.
PERDANA Menteri Najib Razak hari ini mengkritik mereka yang tidak berbangga menjadi rakyat Malaysia dan menyifatkan individu berkenaan tidak patriotik.
Tanpa menamakan sesiapa secara khusus, kritikan perdana menteri itu timbul ketika kenyataan kontroversi timbalan presiden Bersatu, Mukhriz Mahathir yang berkata beliau tidak berbangga mengaku menjadi rakyat Malaysia.
“Janganlah kita tak bangga jadi rakyat Malaysia, kalau tak bangga orang Kedah cakap pi lah, pi jauh-jauh lah," katanya ketika berucap pada program pertemuan perdana menteri dengan penjawat awam di Wisma Persekutuan, Kota Bharu, Kelantan hari ini.
Pada Jumaat, akhbar Sinar Harian melaporkan Mukhriz didakwa berkata beliau lebih rela mengaku sebagai rakyat Brunei ketika berada di luar negara kerana imej Malaysia semakin terjejas di mata dunia.
Bagaimanapun, Mukhriz menyelar laprian berkenaan dan mendakwa ia disalahertikan dan berkata, beliau hanya menyuarakan perasaan rakyat Malaysia secara umum ketika berdepan kritikan masyarakat asing.
"Waktu pi luar negara atau umrah dan ditanya dari negara mana, kita malu dan terpaksa mengaku dari Brunei sebab Malaysia banyak masalah.
"Bila jawab Malaysia, orang akan tanya kenapa negara cukup bermasalah, dahulu cukup hebat dan gah, tetapi hari ni cukup teruk," Mukhriz dipetik sebagai berkata.
TMI.
0 comments:
Post a Comment