Pemimpin Pas dapat liputan TV, Najib ketawa dengan MB
Pemimpin tertinggi Pas dilihat terus mendapat liputan di TV pada waktu siaran utama manakala Datuk Seri Najib Razak pula menabur janji projek tebatan banjir di Sungai Golok ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) semakin hampir.
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali dijemput sebagai salah seorang panel forum isu Baitulmaqdis di TV1 dan disiarkan di saluran RTM itu pada 26 Januari lalu.
Ketika moderator dengan nada seloroh berkata, ada penonton melihat pakaian baju Melayu hijau yang dipakai Ahli Jawatankuasa Majlis Syura Pas itu nampak berwarna biru, Khairuddin dalam reaksinya berkata, mereka terbabit sebagai buta warna.
Dr Khairuddin Aman Razal
Sementara itu, Buletin Pagi hari ini menyiarkan sedutan ucapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atas kapasiti Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia dalam Himpunan Munajat MyAQSA di Dataran Putrajaya.
Pada masa sama, Facebook rasmi Najib menyiarkan foto mesra dan ketawa Presiden Umno berkenaan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang juga merupakan Timbalan Mursyidul Am Pas.
“Hubungan baik akan bawa manfaat dan pembangunan berterusan buat rakyat. Hari ini saya di Kelantan untuk lawatan kerja.
“Kerajaan Barisan Nasional kekal komited majukan Kelantan supaya setanding dengan negeri lain” dipetik daripada status Facebook Najib hari ini.
Terdahulu, Najib pada sidang akhbar selepas majlis perjumpaan bersama penjawat awam kerajaan persekutuan dan negeri di Wisma Persekutuan di Kota Bharu berjanji kerajaan akan melaksanakan projek tebatan banjir di sepanjang Sungai Golok.
Dalam perkembangan berkaitan, wawancara bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr Nasharuddin Mat Isa atas kapasiti sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) turut dimuatkan dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Malaysia Dateline.
0 comments:
Post a Comment