Posted by ali allah ditta
Guru mengamuk pasai bayar RM70, tak ada tempat duduk...
Baru-baru tersebar di laman sosial sebuah video di SINI dan SINI yang menunjukkan seorang guru wanita sedang mengamuk di dalam bilik mesyuarat ketika mesyuarat sedang berlangsung.
Guru yang dikatakan berkhidmat di sebuah sekolah di Kulim, Kedah telah menunjukkan reaaksi yang tidak melambangkan profesionalisme seorang guru di Malaysia.
Sehubungan itu siasatan dilakukan untuk mengetahui punca guru wanita itu bertindak di luar kawalan.
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 24 Januari 2018 dan telah tular sehingga menimbulkan keresahan banyak pihak," menurut kenyataan itu.
Rakaman hampir empat minit yang tular di media sosial menunjukkan guru tersebut meninggikan suara kerana dipercayai tidak diberikan tempat duduk dalam sebuah mesyuarat dihadirinya selepas membuat bayaran sebanyak RM70.
"Bahasa Inggeris kamu sungguh teruk. saya sudah bayar RM70, tak ada tempat duduk.
"Saya minta tempat itu, tetapi mereka keluarkan dan pindahkan meja itu," katanya sambil menghentakkan tangan di atas meja dan beberapa kali dilihat meludah di dalam bilik mesyuarat berkenaan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), mengeluarkan satu kenyataan media menerusi laman Facebook rasmi KPM.
Dalam kenyataan tersebut, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 24 Januari 2018 dan telah menjadi tular sehingga menimbulkan kerasahan ramai pihak.
Tumpang sekole.
Tular Menteri Pendidikan Berjalan Atas Meja.
0 comments:
Post a Comment