Friday 9 February 2018

[Video APA HUKUM HAJI TAJAAN 1MDB?] Seram!! Roh Lembu-Lembu Memburu Pemberi Maklumat Penyelewengan NFC & Rakyat Malaysia dan lembu mangsa sebenar NFC, kata Rafizi.

Sabtu, 10 Februari 2018

Seram!! Roh Lembu-Lembu Shahrizat Terus Memburu Pemberi Maklumat Penyelewengan NFC


gua pn heran bila perompak wang negara dok bersenang lenang..hidup mewah.. tp pemberi maklumat penyelewengan nfc plak diburu dn berada dlm ketakutan..klau yang didedahkan tu adalah penyelewengan demi utk menyelamatkan wang rakyat.. apa salahnya...malah wajib utk kita dedahkannya...mmg betul membocorkan maklumat perbankan adalah satu perkara yang salah..tp klau membocorkan maklumat pasal lanun2 umno/apco yg dok songlap duit rakyat dgn lahapnya..sape kata salah...wajib kita sebagai rakyat Malaysia yg prihatin yg sayangkan negara kita utk mendedahkan penyelewengan2 yg berlaku disekeliling kita..Dia mungkin melanggar "etika perbankan"..memang dia salah didunia ni...tapi dia tak langgar etika sebagai seorang Islam yg perlu mencegah kemungkaran dn korupsi...dn saudara johari ini jg tidak salah dr segi moral dn etika sebagai manusia prihatin yg cintakan kerajaan yg bersih dn amanah.
Posted by Mafiaboss Melayu

KUALA LUMPUR, 14 Mei: Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli kesal dengan tindakan NFC dan Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang terus menerus memburu rakyat yang tidak bersalah untuk dikenakan hukuman berat kerana disyaki membantu pendedahan segala penyelewengan yang berlaku di NFC.

“Terbaru beliau secara bertubi-tubi membuat aduan dan memberi tekanan kepada Public Bank dan Bank Negara Malaysia untuk mengambil tindakan terhadap Johari Mohamad yang dituduhnya membocorkan maklumat pembelian harta mewah di KL Eco City kepada saya,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Akibat tekanan itu, ujarnya tindakan telah diambil oleh Public Bank dan Bank Negara Malaysia terhadap Johari Mohamad.

Beliau berkata, Johari yang sudah tidak tahan dengan tekanan dan tindakan selama sebulan akhirnya membuat keputusan meletakkan jawatan dari Public Bank setelah berkhidmat berbelas tahun.

Tambahnya, tidak cukup dengan merosakkan periuk nasi rakyat yang tidak berdosa, Mohamad Salleh dan NFC terus memburu dengan mengenakan tekanan kepada Bank Negara pula.

Hari ini, jelasnya Johari akan disiasat dibawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) yang boleh dikenakan hukuman penjara 5 tahun.

Menurutnya, tindakan yang bersifat dendam kesumat itu sudah tentu dibincangkan dan mendapat restu Datuk Seri Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno.

Sebelum ini, kata Rafizi apabila ditanya apa tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang mendedahkan penyelewengan NFC, Mohamad Salleh sendiri mengatakan bahawa beliau akan berbincang dengan keluarga.

“Tindakan dendam kesumat ini juga bertentangan dengan kenyataan Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail bahawa beliau tidak berdendam dengan sesiapa kecuali saya dan beliau tidak akan mengambil tindakan terhadap sesiapa pun kecuali saya.

“Jelasnya, beliau sedang berusaha untuk mengenakan tindakan terhadap semua yang beliau syaki membantu mendedahkan penyelewengan dan kekayaan peribadi keluarga beliau,” ujarnya lagi.

Menurut Rafizi, Mohamad Salleh tidak sedar bahawa tindakan dendam kesumat itu memberi imej yang buruk terhadap Umno.

“Ahli Umno sendiri menolak penyelewengan yang dilakukan oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil, maka sudah tentu mereka pun muak dengan sikap penting diri keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil yang akan terus mengheret Umno ke dalam skandal NFC yang tiada penghujungnya,” katanya.

Beliau berkata, PKR akan membantu sepenuhnya Johari dari aspek bantuan guaman dan berusaha mendapatkan kerja baru supaya beliau tidak terus dimangsakan oleh dendam kesumat keluarga Shahrizat.

“Saya mendesak Bank Negara Malaysia supaya tidak tunduk kepada tekanan DatukSeri Shahrizat Jalil dan keluarganya. Sungguh malang apabila semua institusi negara – dari PDRM, SPRM dan kini BNM – diheret oleh beliau semata-mata untuk menutup penyelewengan yang telah berlaku,” tegasnya.

Penjelasan Johari

Sementara itu Johari yang merupakan seorang kakitangan Public Bank yang bertugas di cawangan Jinjang memberitahu pada 24 April lalu, beliau menerima sepucuk surat dari majikan menyatakan beliau didakwa melanggar tatacara dan disiplin tempat kerja berikutan satu aduan yang dibuat oleh Mohamad Salleh.

Aduan itu juga menuduhnya melanggar peruntukan Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 yang boleh disabitkan hukuman berat.

Beliau telah melalui proses perbicaraan disiplin (domestic inquiry) di Public Bank.

“Akibat tekanan di tempat kerja dan pelbagai tindakan yang diambil terhadap saya, saya telah membuat keputusan untuk berhenti kerja.

“Saya telah pun menyerahkan surat perletakan jawatan ekoran aduan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail,” jelasnya.

Hari ini pula, beliau telah diarahkan untuk melaporkan diri bagi tujuan siasatan di bawah Akta BAFIA di Bank Negara jam 2 petang.

“Saya kini disiasat pula oleh Bank Negara Malaysia di bawah BAFIA yang boleh membawa hukuman berat,” ujarnya.
Posted by Mafiaboss Melayu
Image result for Gambar lembu NFCRelated image

Rakyat Malaysia, lembu mangsa sebenar NFC, kata Rafizi

Rakyat Malaysia, lembu mangsa sebenar NFC, kata Rafizi
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengimbas kembali pengalamannya mendedahkan skandal Pusat Fidlot Nasional kendalian National Feedlot Corporations pada 2011. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Februari, 2018.

KONTROVERSI Pusat Fidlot Nasional kendalian National Feedlot Corporation (NFC) tujuh tahun lalu terus bernafas semula malam tadi apabila ia menjadi tarikan utama dalam ceramah Pakatan Harapan (PH) di Petaling Jaya.
Ceramah yang selalunya mengetengahkan isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu malam tadi bertukar angin apabila Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menjentik hadirin ketawa dengan cerita-cerita pengalamannya mendedahkan isu itu pada 2011.
Rafizi juga mengambil kesempatan malam tadi menjawab kenyataan Ketua Wanita Umno, Shahrizat Abdul Jalil yang mengatakan naib presiden PKR itu bukannya "mangsa" apabila dihukum penjara 30 bulan kerana melanggar Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia), Rabu lalu.
"Shahrizat betul. Saya bukannya mangsa sebenar dalam skandal NFC kerana mangsa sebenarnya ialah lembu," kata Rafizi.
"Lembu-lembu itu mulanya dibawa dengan kapal dari Australia dan sebahagiannya mati semasa dalam perjalanan. Kemudian dipindahkan ke NFC di Gemas, ada yang patah kaki dalam trak dan mati juga.
"Kemudian selepas dibawa ke Gemas, mereka diberi makan isirong sawit dan bukannya rumput menyebabkan lagi banyak yang mati," kata Rafizi kepada 400 hadirin yang datang mendengar ceramah pertamanya sejak dijatuhkan hukuman oleh mahkamah, Rabu lalu.
Satu lagi mangsa dalam isu NFC itu, tambah beliau, ialah rakyat Malaysia yang duit cukai mereka digunakan untuk membiayai projek itu.
Selain Rafizi, bekas kerani Public Bank, Johari Mohamad juga dijatuhi hukuman penjara 30 bulan kerana melanggar peruntukan Bafia.
Dalam ceramahnya, Rafizi kemudian mengaitkan skandal NFC dengan isu 1MDC dan kontroversi Felda dan berkata kesan masalah NFC itu masih lagi dirasai sampai ke hari ini.
"Kes itu bermula pada 2006 apabila Barisan Nasional (BN) menang dengan mandat yang paling besar pada 2004. Kemenangan besar itu menyebabkan sesetengah mereka berani untuk berbuat nakal.
"Kalau kita benarkan BN menang lagi, kes seperti NFC ini akan jadi lagi," kata Rafizi.
"Sampai hari ini, pinjaman mudah kerajaan sebanyak RM250 juta yang diberikan kepada NFC masih belum dibayar balik. Satu kes penyelewengan akan tinggalkan kesan sampai bertahun-tahun.
"Saya dengar baru-baru ini Shahrizat hendak bertanding di Sungai Besar. Kalau betul dia bertanding, saya akan ikut dia ke mana saja dengan trak penuh lembu untuk ingatkan pengundi apa yang sudah berlaku," tambah beliau.
Ahli Parlimen Pandan itu juga memperolok-olokkan Shahrizat apabila mengatakan bekas menteri itu dan keluarganya bukan "mangsa" NFC kerana suami dan anak-anaknya menerima gaji besar semasa mengendalikan syarikat berkenaan.
NFC ialah sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh Agroscience Industries Sdn Bhd untuk mewujudkan industri ternakan yang berdaya saing bagi Malaysia.
Ia menerima pinjaman mudah sebanyak RM250 juta daripada kerajaan pada 2009 dan sepatutnya mula membayar hutang itu balik pada 2012.
Suami Shahrizat, Mohamad Salleh Ismail dan anak mereka, Wan Shahinur Izran, Wan Izzana Fatimah Zabedah dan Wan Shahinur Izmir  merupakan pengarah di NFC ketika itu.
Pada 2010, Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan NFC gagal mencapai sasarannya untuk membiak 8,000 baka lembu di Gemas, Negeri Sembilan selain menyatakan kegagalan pengurusannya.
Pada November 2016, Rafizi kalah dalam saman fitnah dan diarah untuk membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 kepada Salleh dan NFC kerana mendakwa pinjaman bank yang diambil oleh syarikat itu digunakan untuk membeli kondominium.
Selain Rafizi, ceramah PH malam tadi menampilkan Ahli Parlimen PJ Utara, Tony Pua; Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin dan Ketua Amanah Selangor, Izham Hashim. – 10 Februari, 2018.
The Malaysian Insight.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena