Tuesday, 6 February 2018

[Video Rafizi DEDAH SKANDAL NFC sebelum ke penjara & Rafizi kena jel 30 bulan] Adakah Bank Negara tanggung 1MDB?

Rabu, 7 Februari 2018



Adakah Bank Negara tanggung 1MDB?

Bank Negara Malaysia (BNM) seperti dilaporkan media pada 4 Januari lepas mengumumkan bahawa ia telah membeli 55.79 ekar tanah milik kerajaan persekutuan bernilai RM2 bilion mengikut harga pasaran.
Gabenor BNM, Tan Sri Muhamad Ibrahim menegaskan pembelian tanah bagi tujuan hab pendidikan itu kononnya adalah telus dan dibuat secara suka rela tanpa melibatkan tekanan mana-mana pihak.
Namun, yang menghairankan kenapa BNM membeli tanah tersebut pada harga pasaran dan bukannya pada harga nominal, demikian soal Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
“Tanah diperoleh oleh universiti awam biasanya dipindahkan dengan kadar sangat rendah, sementara pembelian Bank Negara kira-kira RM823 per kaki persegi.
“Justeru itu soalan yang perlu ditanya, mengapa gabenor (BNM) tidak mohon tanah itu pada harga nominal? Ini memandangkan hab pendidikan bukan usaha sama komersial,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.
Oleh itu, kata Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP, Rakyat Malaysia tidak wajar dipersalahkan jika mengesyaki pembelian itu hanyalah sekadar usaha kerajaan untuk mengambil wang BNM.
“Harus diberi perhatian juga masa transaksi dan pembayaran tersebut kebetulan sama dengan pembayaran US$600 juta yang terpaksa dibuat 1MDB bagi melangsaikan baki hutang terakhirnya kepada IPIC pada hujung tahun lepas,” ujarnya.
BNM dilaporkan membeli tanah untuk dibangunkan sebagai tempat penempatan semula Universiti Kewangan Islam Global dan Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa, selain membina pelbagai kemudahan pendidikan serta pusat latihan. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena