Wednesday, 11 April 2018

[Video JOM BALIK UNDI 回家救国] Dacing akan jadi cacing dan bulan akan jadi gerhana? Akta antiberita palsu pertama di dunia terpakai menjelang PRU14.

Rabu, 11 April 2018
Dacing akan jadi cacing dan bulan akan jadi gerhana...

Akta antiberita palsu pertama di dunia terpakai menjelang PRU14

Undang-undang yang didakwa bertujuan mencegah berita palsu atau Akta Antiberita Tidak Benar 2008 telah diwartakan dan boleh dikuatkuasakan serta-merta.
Semakan Malaysiakini hari ini mendapati dokumen berkaitan akta kontroversi itu telah dimuat naik di laman web Warta Persekutuan.
Yang di-Pertuan Agong meluluskan rang undang-undang (RUU) itu pada 9 April, manakala tarikh permulaan akta itu adalah 11 April iaitu hari ini.
RUU itu diluluskan Dewan Rakyat pada 2 April lalu dan dibawa ke Dewan Negara beberapa hari sebelum tamatnya persidangan Parlimen minggu lalu.
Kumpulan kebebasan media dalam dan luar negara mengecam undang-undang itu dan mendakwa ia sebagai langkah kerajaan menyekat kebebasan media dan bersuara.
Antara kebimbangan yang dibangkitkan, undang-undang itu membolehkan pihak berkuasa mendapatkan perintah mahkamah bagi memaksa berita yang menjadi pertikaian dipadamkan walaupun sebelum keputusan mahkamah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri sementara Datuk Seri Azalina Othman Said yang membentangkan RUU itu bagaimanapun bertegas undang-undang itu diperlukan bagi menangani masalah berita palsu.
Malaysia adalah negara pertama di dunia meluluskan undang-undang khusus mensasarkan individu dan organisasi kerana didakwa menyebarkan berita palsu.
Jerman mempunyai undang-undang sama, yang diluluskan tahun lalu dan dikuatkuasakan pada 1 Januari. Ia memberi kuasa kepada pihak berkuasa untuk menuntut laman media sosial memuat-turun berita palsu atau ucapan berbaur kebencian.
The Social Networks Law, meliputi rangkaian sosial dan laman media yang mempunyai lebih daripada dua juta ahli, termasuk Facebook, Twitter dan YouTube.
Laman yang gagal memadamkan hantaran “tidak sah” boleh dikenakan denda sehingga 50 juta euro (RM240 juta).
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena