Monday, 21 May 2018

[Video Najib tiba di SPRM & LIVE: Najib ke SPRM hari ini] Najib disiasat dalam isu SRC.

Selasa, 22 Mei 2018


Pasukan Petugas Khas akan mengguanakan Akta SPRM, AMLA dan juga Kanun Keseksaan ke atas pesalah 1MDB.

Najib disiasat dalam isu SRC

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tepat jam 9.42 pagi ini dengan kawalan ketat daripada anggota polis.
Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan hari ini memberkan keterangan kepada SPRM berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd.
Dimaklumkan beliau akan memberikan keterangan kepada pegawai SPRM di bilik soal siasat di bangunan itu.
Suasana dipersekitaran bangunan SPRM dipenuhi media tempatan dan asing termasuk penyokong Najib yang terdiri dikalangan ahli Umno yang berkumpul di luar bangunan SPRM untuk bersama menyaksikan peristiwa penting dalam negara membabitkan seorang bekas pemimpin utama parti Umno.
Pada Jumaat sepasukan pegawai SPRM berkunjung ke rumah Najib di Taman Duta di Kuala Lumpur untuk menghantar notis meminta Najib hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Ini dipercayai susulan bekas pegawai tinggi SPRM membuat laporan kepada SPRM terhadap Najib berhubung beberapa salah laku pada 14 Mei lalu.
Datuk Abdul Razak Idris membuat laporan di pejabat SPRM Jalan Cochrane Kuala Lumpur, yang mendakwa Najib mengunakan jawatannya dengan bantuan penjawat awam lain membuat halangan terhadap beberapa siasatan kes membabitkan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Turut dibangkitkan dalam laporan berkenaan berhubung aset milik Najib dan keluarganya.
Pada 18 Mei SPRM dengan lapan pegawai telah memasuki kediaman Najib susulan siasatan dakwaan penyanyalahgunaan kuasa oleh bekas perdana menteri itu.
Kehadiran SPRM di kediaman Najib itu dilakukan, sehari selepas polis merampas wang tunai, barangan kemas dan beg tangan berjenama mewah daripada sebuah kondominium di Pavilion yang dikaitkan dengan Najib.
Sidang media dijangka akan diadakan pada jam 11.30  pagi Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena