Sunday 13 May 2018

[Video Tony Pua Bongkarkan LAGI Senarai Barang MEWAH Yang Dibeli Dari Skandal 1MDB & Penipuan Najib mengenai 1MDB] Peruntukan pembangkang: Muhyiddin minta MB Johor betulkan kenyataan.

Isnin, 14 Mei 2018

Peruntukan pembangkang: Muhyiddin minta MB Johor betulkan kenyataan

Kerajaan negeri Johor di bawah Pakatan Harapan (HARAPAN) akan tetap memberikan peruntukan bagi pembangunan infrastruktur di kawasan pembangkang di negeri itu, kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata peruntukan itu akan disalurkan melalui pejabat-pejabat daerah untuk meningkatkan pembangunan infrastruktur di kawasan berkenaan
Muhyiddin berkata perkara berkenaan adalah antara dasar HARAPAN dengan bersikap bertanggungjawab dan membantu sesuatu kawasan yang mundur.
“Kita kena bantu termasuk rakyat yang menetap di kawasan pembangkang dan itu adalah menjadi keutamaan HARAPAN,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menziarahi Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Rehabilitasi di Cheras, Kuala Lumpur.
Beliau membetulkan kenyataan Menteri Besar Johor yang baharu dilantik Datuk Osman Sapian bahawa kerajaan HARAPAN tidak akan memberi sebarang peruntukan kepada kepada ADUN pembangkang di negeri itu.
“Saya telah maklumkan perkara ini pada Osman, mungkin pasal beliau baru lagi menjadi Menteri Besar maka kita bagi dia masa untuk menyesuaikan diri.
“Sekarang ini pilihan raya telah selesai, rakyat sudah buat keputusan memilih kerajaan. Oleh itu, kerajaan HARAPAN harus mengambil kira pandangan semua pihak tanpa mengira perbezaan ideologi atau latar belakang kaum,” katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhyiddin berkata perkara itu sedang diselesaikan di peringkat kerajaan HARAPAN.
“Saya difahamkan beliau (Anwar) akan dibebaskan tidak lama lagi dan perkara ini akan dibawa ke peringkat mesyuarat jemaah menteri,” katanya.
- Bernama
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena