Thursday, 13 April 2017

[Video Berbaik Dengan UMNO, PAS Patahkan Harapan Rakyat] UMNO & BN TERDESAK! Adakah Zahid tidak lagi dipercayai PM Najib?

Khamis, 13 April 2017

UMNO DAN BARISAN NASIONAL TERDESAK: LANTIKAN HISHAMMUDDIN SEBAGAI MENTERI TUGAS-TUGAS KHAS ADALAH KEPERLUAN POLITIK CENGKAMAN KUASA PM NAJIB BUKAN KEPERLUAN PENTADBIRAN


1. Apa masalah kepada  pentadbiran PM Najib sehingga mengujudkan potfolio Tugas-Tugas Khas di JPM dalam keadaan *_anggota kabinet sudah pun diberikan tugas yang terkandung  didalam portfolio yang sedia ada_*.Apa bidang Tugas-Tugas Khas yang dimaksudkan itu sehingga perlu diberi tanggungjawab khas kepada Hishammuddin Hussein yang juga sepupu PM Najib.

2. PM Najib perlu menjelaskan *_apa keperluan portfolio Tugas-Tugas Khas sedangkan ketika ini kabinet beliau sudah mempunyai 35 menteri termasuk 9 orang menteri di Jabatan Perdana Menteri_*.

Apakah menteri-menteri dengan portfolio yang sedia ada sudah tidak berkemampuan untuk menjalankan apa saja tugas yang bakal timbul atau berkaitan dengan kementerian dan portfolio masing-masing atau *_apakah tugas khas kepada Hishammudin Hussein tiada kaitan dengan kementerian dan portfolio yang sedia ada dalam kabinet PM Najib_*.

*ZAHID HAMIDI TIDAK DIPERCAYAI PM NAJIB*

3. PM Najib perlu menjelaskan kepada rakyat *_apa bidang khas yang ditugaskan kepada Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas_*.

Saya melihat dari sudut pentadbiran tiada keperluan untuk diadakan jawatan Menteri Tugas-Tugas Khas di JPM kerana *_dari sudut pentadbiran juga perlantikan ini tidak memberi apa-apa keuntungan kepada rakyat dan negara_*.

Dalam keadaan ekonomi negara yang tidak stabil dan ditambah pula dengan penderitaan rakyat meneruskan kehidupan seharian, apa yang sepatutnya dilakukan oleh PM Najib adalah  *_mengecilkan saiz menteri kabinet dengan kualiti kerja yang maksimum_*.

4. Langkah PM Najib melantik Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas adalah *_langkah politik untuk cengkaman kuasa memperkukuhkan kedudukan beliau sebagai PM dan langkah melindungi beliau hari ini dan selepas bersara_*.

Ini pernah berlaku kepada *_Allahyarham Adenan Satem_* bekas Ketua Menteri Sarawak yang mana sebelum dilantik sebagai Ketua Menteri beliau hanya sebagai  *_Menteri Tugas Khas Sarawak yang dibawa Tun Taib Mahmud_*.

Pada hal pada waktu itu *_Timbalan Ketua Menteri Sarawak ialah Abang Johari Openg_*.Adenan Satem pula pernah dikalahkan oleh Abang Johari Openg dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputra Bersatu pada tahun 2002.

Akhirnya apa yang berlaku *_Abang Johari Openg dipintas oleh Adenan Satem sebagai Ketua Menteri Serawak atas percaturan politik dalaman Sarawak_* yang sangat licik.

4. Pelantikan Hishammudin sebagai Menteri tugas tugas khas memberikan petanda yang *_PM Najib hilang kepercayaan kepada Zahid_* yang sepatutnya diberikan kepercayaan menjalankan tugas jika ada keperluan untuk misi tertentu.Ini telah dibayangkan Zahid yang pernah membuat kenyataan  *_ada orang yang nak mengalahkan beliau di Bagan Datuk_*.Kenyataan sebegitu sudah pastinya tidak merujuk kepada pembangkang kerana memang 'tugas khas pembangkang' untuk kalahkan beliau yang sudah diketahui umum dan bukan sahaja di Bagan Datuk tetapi termasuk Pekan dan keseluruhan 222 kerusi Parlimen yang ditandingi UmnoBN.

Pelantikan Hishammuddin Hussein ke jawatan khas itu diumumkan PM Najib hari ini dan berkuat kuasa serta merta dengan mengekalkan jawatan sedia ada sebagai Menteri Pertahanan menjelaskan yang tersirat selepas *_Zahid Hamidi sendiri menyokong debat Tun M dan Nazri Aziz_*.

 Pelantikan Hihammuddin Hussein ini juga mencerminkan bahawa PM Najib bukan sahaja hilang keyakinan kepada timbalannya Zahid Hamidi tetapi juga hilang kepercayaan terhadap orang kuatnya sendiri seperti Rahman Dahlan, Salleh Said Keruak dan Ismail Sabri Yaakob kerana segala perencanaan propaganda PM Najib tidak berjalan lancar.

Politik Malaysia makin hodoh dan mementingkan kelangsungan kuasa Najib dan rakyat pasti berasa 'cemuih' serta bersemangat untuk menghumban UmnoBN yang sudah tidak relevan pada PRU Ke-14 yang akan datang.

#UndurNajibUndurBn
#TolakNajibTolakKelaptokratBn
#NajibMakinTerdesak
#TugasKhasPembangkangBinaKerajaanMalaysiaBaru

 Penulis 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena