Tuesday, 18 April 2017

[Video Zakir Naik sah ada PR Malaysia, kata Zahid] Pilih Pas atau Umno: Apa makna kata Hadi?

Selasa, 18 April 2017

Pilih Pas atau Umno: Apa makna kata Hadi?

Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa
Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mempersoal dakwaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kononnya orang Melayu hanya mempunyai pilihan sama ada Pas atau Umno pada pilihan raya umum akan datang.
 "(Kata Abdul Hadi) Orang Melayu tidak ada pilihan kalau nak bernaung, sama ada undi Pas atau Umno. Jelas, serupalah saya ceramah malam ini.
"Kita dalam Pakatan Harapan hanya ada empat parti kita sokong. Inilah gabungan parti yang kita seru semua orang sokong.
"Begitulah, kita faham logik mantik ini kalau Presiden Pas kata Melayu hanya ada dua pilihan. Apa maknanya itu?" bidasnya dalam Ceramah Perdana: Selamatkan Kelantan, Selamatkan Malaysia di Machang malam tadi.
Beliau turut menjawab tuduhan bahawa tindakannya keluar dari Pas sebagai mengkhianati perjuangan  almarhum ayahnya, Yusof Rawa yang menjadi Mursyidul Am Pas pada 1987 hingga 1995.
"Saya tidak pernah mengkhianati perjuangan ayahanda saya yang berjuang menjatuhkan Umno-BN," tegas Pengerusi Amanah Pulau Pinang itu.
Mengulas lanjut, Mujahid mengingatkan sebarang usaha atas nama Islam perlu adil dan mengikut tertib sewajarnya seperti terkandung dalam Surah An-Nahl, ayat 90 yang dibaca khatib pada akhir khutbah Jumaat.
"Kena ada tertibnya. Allah memerintahkan kita melakukan keadilan. Syariat itu tertegak atas keadilan dan mesti dilakukan dengan ehsan iaitu membuat sesuatu dengan betul, dan tertib dan prosesnya.
"Ini, asal nak buat Islam boleh belaka. Dari segi piawaian syariat, itu tidak ikut perintah Allah. Apabila kita menyatakan pendirian, ini bukan bermakna kita menentang Islam," jelasnya merujuk kepada polemik Rang Undang-undang (RUU) 355.
Mengimbas kembali sidang Dewan Rakyat yang ditangguhkan pada 6 April lalu, beliau berkata, Ahli Parlimen Marang dilihat mendapat keistimewaan untuk membentangkan RUU bagi meningkatkan hukuman Mahkamah Syariah itu.
"Apa ihsannya ramai ditanam di jirat Cina dan dikatakan anti Islam? Apakah Islam kita mahu bawa?
"(Tarikh) 5 haribulan kami habis (sidang) Parlimen 5 pagi. Mana ada Parlimen di dunia habis pukul 5 pagi. Esoknya hanya satu saja Rang Undang-undang (iaitu RUU 355).
"Hari akhir (sidang Dewan Rakyat) itu selepas pukul 12 tengah hari, hanya satu saja RUU 355 oleh Marang. Berjaga sampai 5 pagi untuk beri ruang kepada Marang untuk bentang.
"Kenapa Marang dapat istimewa ini? Kami pun mahu belajar bagaimana Marang boleh dapat bentang," sindir Ahli Parlimen Parit Buntar itu.
Sehubungan itu, Mujahid menyifatkan isu RUU 355 adalah umpan Pas menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 manakala sebagai ganjaran Pas tidak lagi menentang Umno.
"Pada 6 haribulan itu kali ketiga (baca usul). Sebelum itu, dua kali sudah diberi peluang. Kali pertama bila Speaker tanya bila nak bentang, katanya tangguh sesi akan datang.
"Bila tiba sesi selanjutnya, mereka (Pas) seolah-olah beri ugutan kepada orang bukan Islam, jangan campur tangan urusan orang Islam. Kalau sudah duduk di Parlimen secara demokrasi semua boleh bercakap.
"Isu RUU 355 umpan Pas dan sebagai ganjaran, Pas jangan lagi lawan Umno. Rosak negara hanya kerana dua parti Melayu ini," tegasnya lagi.
Turut hadir dalam ceramah berkenaan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Timbalan Pengerusi PPBM Kelantan, Datuk Sazmi Miah dan Ketua Amanah Machang, Dr Abdullah Tahir Othman.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena