Monday, 24 April 2017

[Video HADI dulu panggil Melayu sokong DAP, bila dah makan dedak, segala lain macam] 10 kerusi Umno di Dun Pulau Pinang didakwa tidak selamat.

Selasa, 25 April 2017

10 kerusi Umno di Dun Pulau Pinang didakwa tidak selamat

MOHD ALI HASHIM
Antara hadirin yang membanjiri tempat ceramah di Pokok Machang Tasek Gelugor semalam
Antara hadirin yang membanjiri tempat ceramah di Pokok Machang Tasek Gelugor semalam
Umno Pulau Pinang diingatkan agar tidak terlalu selesa dengan 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang menjadi milik mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang lalu.
PRU14 dijangka mampu memberi kejutan besar yang akan menjadikan Umno dan BN kekal sebagai pembangkang di Pulau Pinang.
Malah bukan setakat menjadi pembangkang sahaja, kerusi-kerusi yang disandang Umno dan BN sebelum ini akan dirampas oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama-sama dengan Pakatan Harapan.
Marzuki YahayaMarzuki YahayaDemikian dinyatakan Pengerusi Parti Bersatu Pulau Pinang, Datuk Marzuki Yahaya ketika berucap pada program ceramah bersama pimpinan Pakatan Harapan di Pokok Machang, Tasek Gelugor semalam.
Jelasnya lagi, Parti Bersatu telah pun membuat kajian dan nilaian mengenai sokongan yang ada pada Umno dan BN bagi merampas kesemua 10 kerusi Dun yang dimiliki Umno sebelum ini.
"Kita telah pun membuat congak dan perkiraan untuk melihat setakat mana perkembangan sokongan yang ada pada Umno bagi kesemua kerusi-kerusi yang mereka menangi pada PRU13 yang lalu.
"Melihat kepada senario politik yang ada kini, kita yakin bahawa Umno bukan saja akan kehilangan kesemua 10 kerusi yang mereka miliki, malah 3 lagi kerusi Parlimen milik mereka mampu dirampas.
"Penilaian yang telah dibuat turut memperlihatkan bagaimana rakyat khususnya orang Melayu semakin jelek dan bosan dengan kepimpinan Umno ketika ini, " tegasnya lagi.
Sehubungan itu katanya, adalah tidak mustahil bagi kerusi-kerusi yang pernah dimiliki oleh Umno dengan kemenangan tipis sebelum ini mampu dirampas dan mengekalkan Umno dan BN sebagai pembangkang sekali lagi.
Beliau juga berkata sebelum program diadakan, terdapat beberapa provokasi dengan merosakkan bendera dan juga kain rentang yang diletakkan di beberapa lokasi di Parlimen Tasek Gelugor.
Namun begitu ia sedikit pun tidak melemahkan semangat Bersatu bersama PH untuk meneruskan program mendedahkan kepincangan Umno.
"Takkanlah Umno terlalu takut dengan Bersatu dan PH sehingga sanggup merosakkan kain-kain rentang sebagai maklumat program.
"Tindakan merosakkan kain-kain rentang tersebut tidak akan mematahkan semangat juang yang ada pada kami bersama PH.
"Sebaliknya kami akan meneruskan perjuangan bagi memastikan Umno bukan saja kalah di kesemua kerusi di Pulau Pinang, tetapi juga memastikan PH berjaya menerajui kerusi Putrajaya dalam PRU ke 14 yang akan datang," ujarnya lagi.
Marzuki (duduk dua dari kiri) bersama Naib Presiden Amanah Datuk Husam Musa dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah semalamMarzuki (duduk dua dari kiri) bersama Naib Presiden Amanah Datuk Husam Musa dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah semalam
Difahamkan, kerusi-kerusi yang dimenangi Umno di kebanyakan kawasan di Pulau Pinang adalah merupakan kerusi tradisi.
Namun begitu kerusi yang dimenangi tipis dalam PRU13 yang lalu seperti Dun Sungai Dua hanya dimenangi oleh Umno dengan majoriti 357 undi.
Manakala bagi kerusi Dun Teluk Bahang pula Umno hanya menang dengan kelebihan sebanyak 801 undi.
Sementara itu bagi kerusi Dun Pulau Betong pula Umno hanya mendapat majoriti 395 undi serta 458 undi bagi kerusi Dun Bayan Lepas.
Bagi kerusi Dun Sungai Acheh yang ditandingi tiga penjuru dalam PRU yang lalu, Umno mendapat majoriti 808 undi serta Dun Teluk Air Tawar yang dimenangi oleh ketua pembangkang, Datuk Jahara Hamid dengan kelebihan 840 undi sahaja.
Umno dan BN juga tidak mampu untuk mempertahankan kerusi Dun Seberang Jaya yang dimenangi mereka sebelum ini apabila kerusi tersebut berjaya di rampas oleh PKR melalui Dr Afif Bahardin menjadikan PKR menambah satu lagi kerusi dengan kemenangan 10 kerusi.
Manakala DAP menang 19 kerusi dan Pas tetap kekal dengan hanya 1 kerusi tradisi di Dun Permatang Pasir yang dimenangi oleh Datuk Mohd Salleh Man ketika Pas berada dalam Pakatan Rakyat ketika itu.
Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena