Thursday, 13 April 2017

[Video Pas Khianat PKR & PR (dahulu) Berkali2] Jangan ulangi episod pil kuda, bila menuduh kemukakan bukti.

Khamis, 13 April 2017

Image result for Gambar pil kuda
Pil kuda diakui akan menyebabkan penagih menjadi kurang siuman & gila kekal dalam masa yang singkat.

Jangan ulangi episod pil kuda, bila menuduh kemukakan bukti

Pada 
oleh 
Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dalam ucapannya di Ruslia semasa sambutan menyambutnya sebagai wira setelah membentang usul meminda Akta 355 telah membuat serangan tanpa henti terhadap Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang dikatakan kononnya mempertikaikan tindakan PAS berunding dengan UMNO. Dalam ceramah tersebut Hadi Awang melafazkan antaranya berbunyi seperti berikut:
“Sedangkan dia berunding dengan Amerika… dengan negara asing pun dia berunding …dengan kedutaan asing pun dia berunding. Berunding dengan negara asing untuk mengubahkan politik Malaysia. Kita tidak sampai tahap itu..nak suruh negara asing campurtangan negara ini. Kita berunding dengan UMNO sahaja sama-sama Melayu, Islam, itu salah? Dia berunding dengan Amerika tak apa, berunding dengan negara asing tak apa.”
Saya mengambil kesempatan ini untuk meminta Hadi Awang dan seluruh kepimpinan PAS supaya menyebut dengan lidah yang fasih lagi sahih siapakah yang berunding dengan Amerika untuk mengubah politik Malaysia? Sebutlah dengan lidah yang fasih siapakah yang berunding dengan kedutaan asing dan seterusnya menjemput Amerika dan negara asing ke Malaysia?
Hadi Awang dengan lantang menyebut, “Politik Malaysia biar orang Malaysialah yang buat perubahan. Tidak perlu jemput Amerika mari, tak perlu jemput negara asing mari.. Ini saya dedah di sini, kalau ada pemberita siar, biar orang tahu.” Hadi Awang kemudiannya meminta pemberita menyiarkannya agar orang tahu tetapi siapa yang berunding dengan Amerika dan kedutaan asing untuk mengubah politik Malaysia? Bila perundingan dan jemputan dibuat?
Sebutlah dengan lidah yang fasih wahai Tuan Guru! Jangan mempolemikkan isu tanpa fakta dan bukti. Kemukakan bukti.
Rasulullah S.A.W dalam satu hadis riwayat Al-Baihaqi bersabda mafhumnya :
“Jika semua orang diberi hak (hanya) dengan dakwaan mereka (semata), nescaya banyak orang yang mendakwa harta orang lain dan darah-darah mereka. Namun, bukti wajib didatangkan oleh orang yang mendakwa, dan sumpah harus diucapkan oleh orang yang didakwa.”
Seterusnya dalam sebuah hadis lain Rasulullah S.A.W bersabda mafhumnya:
“Sesungguhnya kalian mengadukan permasalahan/perseteruan kalian kepadaku, dan sesungguhnya aku hanyalah manuasia biasa. Dan boleh jadi salah seorang dari kamu pandai berkata-kata (berhujah) dan menjadikan aku memenangkannya dalam perkaranya disebabkan apa yang aku dengar darinya. (Namun ingatlah) barangsiapa yang aku menangkan perkaranya padahal itu merupakan hak saudarnya, maka pada hakikatnya aku sedang memutuskan untuknya bahagian dari neraka, maka janganlah sekali-kali dia mengambilnya.”
Janganlah episod pil kuda diulangi. Sebagai seorang ulama yang memegang jawatan tinggi di dunia, kemukakanlah bukti bagi setiap pertuduhan. Membuat tuduhan tanpa bukti bukan akhlak Islam. Suatu ketika dulu Hadi Awang pernah berkata, dia tahu siapa calon PKR yang jual pil kuda, tetapi bila di mahkamah, dia kata tidak tahu pula. Dia kata dia tidak rujuk pula kepada Plaintif dalam kes itu. Dulu juga Hadi Awang pernah berkata, tidak ada pertemuan tertutup dengan UMNO, tetapi akhirnya dalam ucapan malam itu juga beliau akui ada perbincangan dengan UMNO.
Jelas, Hadi Awang pernah menipu dan pernah menyembunyikan fakta. Apa jaminan dalam isu ini Hadi Awang tidak berbohong? Apa jaminan dalam isu ini Hadi Awang tidak menyembunyikan fakta atau tidak menyatakan fakta yang benar?
Sebutlah Tuan Guru dengan lidah yang fasih. Siapa? Bila? Di mana? Apa perbincangannya? – Roketkini.com
*Zulhazmi Shariff adalah Ahli Jawatankuasa Biro Guaman DAP Kedah

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena