Wednesday, 19 April 2017

[Video NAJIB memerintah RAKYAT MAKIN SENGSARA!] Inflasi Mac meledak 5.1%, tertinggi dalam 8 tahun.

Khamis, 20 April 2017

Foto Suara Rakyat.

DAHULU... menjelang #PRU13
"BN perlu diberi mandat besar dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13)" - Najib (25/12/2012)

KINI... menjelang #PRU14
"Rakyat perlu memberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN)" - Najib (55/4/2017)

MASIH INGAT NAJIB KATA..
“TUHAN AKAN LAKNAT KITA JIKA KITA MENIPU RAKYAT,” - PM Najib Razak, 14/10/2012

Inilah janji2 mereka hasil kutipan GST akan dipulangkan kepada rakyat.. Makin dikutip GST semakin byk subsidi rakyat dihapuskan. Pemimpin2 UMNO bertambah hidup mewah senang dgn pelbagai elaun mereka perolehi..

#RakyatKuliKerajaan



Inflasi Mac meledak 5.1%, tertinggi dalam 8 tahun

Inflasi harga pengguna mencecah paras tertinggi dalam tempoh lapan tahun pada bulan Mac yang lalu tetapi berada di tahap lebih rendah berbanding ramalan dalam satu tinjauan Reuters.
Ia dijangka tidak akan menjurus kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengubah pendirian mengenai dasar monetari.
Inflasi tahunan berlegar-legar sekitar 5.1 peratus pada bulan Mac, tertinggi sejak mencecah paras 5.7 peratus pada bulan November 2008, memetik laporan Reuters.
Pada bulan Februari, inflasi tahunan berada pada paras 4.5 peratus. Tinjauan Reuters meramal inflasi bulan Mac pada 5.3 peratus.
Inflasi pada bulan Mac didorong kesan asas yang rendah dan harga runcit bahan api yang lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya, menurut kenyataan oleh Jabatan Statistik, yang bertanggung jawab mengukur inflasi bulanan.
Kadar inflasi bulan Mac lebih tinggi daripada purata terdahulu sebanyak tiga peratus, tetapi ia tidak mungkin membuatkan BNM terkesan kerana harga minyak global dijangka kekal stabil tahun ini, menurut Ahli Ekonomi UOB, Julia Goh.
"Pendapat saya adalah ia masih dipacukan oleh kos. Dengan andaian harga minyak kekal agak stabil dalam $AS50 hingga $AS55 (setong) di peringkat serantau, inflasi akan berkurangan pada separuh kedua," kata Goh.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena