Saturday, 15 April 2017

[Video Haooo Dasyat! 800Juta Duit Socso Hilang] ‘IPR: Inisiatif Peduli Rakyat’ di Selangor, Terengganu ada? Umur Persaraan Kakitangan Awam Dilanjutkan 65 Tahun?

Sabtu, 15 April 2017

Related image

logo
HASIL NEGERI UNTUK RAKYAT
Sejak Pakatan Rakyat mentadbir Negeri Selangor mulai Mac 2008, satu agenda besar telah dirangka dan dilaksanakan segera. Keseluruhan agenda itu dirangkumkan sebagai “Hasil Negeri untuk Rakyat.”
Kekayaan hasil Negeri Selangor disalurkan kepada rakyat Negeri Selangor melalui program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang dahulunya dikenali sebagai Merakyatkan Ekonomi Selangor. Dimulakan dengan 7 agenda kemudian ditambah dan meningkat dari semasa ke semasa melalaui fasa demi fasa.
INISIATIF PEDULI RAKYAT (IPR)
Rakyat Negeri Selangor berhak berkongsi hasil kekayaan negeri. Hasil kekayaan ini diagih-agihkan kepada rakyat melalui pelbagai program bantuan dan sumbangan kepada rakyat Negeri Selangor. Program-program ini telah berjaya menyumbang secara terus kepada sebahagian besar rakyat Selangor di mana sehingga kini jumlah sumbangan keseluruhan sudah melebihi RM 1.8 billion.
Hasil dari kejayaan tersebut, program ini telah ditambah dan dipergiatkan lagi, supaya lebih banyak kekayaan yang dapat dikongsi dan dinikmati oleh rakyat Selangor. Fasa-fasa berikutnya sentisa dirancang dan dilaksanakan supaya Inisiatif Peduli Rakyat ini benar-benar memberi manfaat yang maksimum kepada rakyat Selangor.
OBJEKTIF
Objektif utama dalam pentadbiran baharu adalah untuk memastikan Negeri Selangor menjadi negeri idaman dengan kemajuan dikekalkan dan kebajikan rakyat diutamakan di samping kualiti hidup rakyat dipertingkatkan dan agar rakyat dapat menikmati hidup yang lebih sejahtera. Kejayaan Negeri Selangor maju perlu diterjemahkan dengan erti kata sebenar agar rakyat menerima limpahan sebenar kekayaan Negeri Selangor yang melimpah ruah, mewujudkan keseimbangan dalam semua aspek pembangunan seimbang dan spiritual.
VISI DAN MISI
Visi dan Misi Kerajaan Negeri Selangor dalam program Inisiatif Peduli Rakyat adalah dengan mengutamakan kebajikan rakyat di samping kualiti hidup rakyat dipertingkatkan. Rohani dan jasmani amat penting ke arah mengekalkan status negeri maju dan terus disegani.

KSN mahu temu Cuepacs bincang syor naik umur bersara

 | April 15, 2017
Sebelum ini, Cuepacs memohon dinaikkan umur persaraan 2 tahun kepada 62 tahun, tetapi ia akan menyebabkan tiada orang bersara dalam tempoh dua tahun, kata Ali Hamsa


ali-hamsa-cuepacs
PETALING JAYA: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa mahu bertemu dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bagi membincangkan cadangan melanjutkan umur bersara kakitangan awam sehingga 62 tahun.
“Dalam masa terdekat saya akan bertemu dan berunding dengan Cuepacs, apa mereka cakap (syorkan), semua boleh diselesaikan dalam mesyuarat.”
Ali berkata, beberapa perkara perlu diteliti dan dibincangkan bersama Cuepacs.
“Sebelum ini, Cuepacs memohon dinaikkan umur persaraan 2 tahun (60 kepada 62 tahun), tetapi ia akan menyebabkan tiada orang bersara dalam tempoh 2 tahun.
“Jadi, kekosongan jawatan akibat persaraan penjawat awam tidak berlaku untuk 2 tahun,” kata beliau dipetik BH Online.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Johor Corporation (JCorp) berkata demikian kepada BH ketika ditemui selepas mengikuti misi pelaburan dan perdagangan Johor ke Shanghai, hari ini.
Awal minggu ini, Cuepacs meminta agar kerajaan mempertimbangkan cadangan bagi melanjutkan umur persaraan kakitangan awam daripada 60 kepada 62 tahun.
Baru-baru ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata kerajaan tidak bercadang menaikkan umur bersara wajib daripada 60 tahun kepada 65 tahun.
Bagaimanapun Rohani berkata, kerajaan sentiasa bersifat terbuka dalam menerima cadangan dan pandangan orang ramai berkaitan usia persaraan yang bersesuaian.
Sebelum ini, umur persaraan penjawat awam di negara ini dilanjutkan daripada 55 tahun kepada 56 tahun pada 2001 dan kemudiannya daripada 56 tahun kepada 58 tahun pada 2008 dan daripada 58 tahun kepada 60 tahun pada 2012.

Umur persaraan kakitangan awam di negara maju seperti Singapura, negara Eropah dan Amerika Syarikat adalah 65 tahun.

Kerajaan tidak cadang perkenal umur bersara 65 tahun

 | April 8, 2017
Datuk Rohani Abdul Karim berkata, kerajaan sedia mengkaji mekanisme bagi membolehkan warga emas terus aktif dalam alam pekerjaan selepas menjangkaui umur 60 tahun.
rohani-karim_retirement_600
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan had umur persaraan sehingga 65 tahun buat masa ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Beliau berkata, meskipun kerajaan menerima banyak syor supaya had umur boleh bekerja dinaikkan tetapi tidak semua yang berminat untuk bekerja selepas 60 tahun.
“Kita menerima banyak maklum balas berkata (tingkat umur persaraan kepada 65). Tapi bukan semua yang mencapai 60 tahun ingin terus bekerja. Sesetengah mahu bersara.
“Kita cuba layan kehendak macam ini. Kalau mahu bekerja, teruskan bekerja,” kata beliau dipetik Bernama hari ini.
FMT

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena