Konvensyen Pakatan Harapan
Menang jadi arang, kalah jadi abu, dendam kesumat jangan dibawa mati
Teruja pula untuk menulis sambungan kepada posting saya semalam kerana keadaan dan situasi politik negara terlalu meruncing disebabkan pimpinan masing-masing parti politik tidak mempunyai keupayaan untuk memimpin secara baik dan berdedikasi dengan perjuangan parti pimpinan mereka. Baik disebelah kerajaan dan pihak alternative masing-masing parti dipimpin oleh pemimpin utama yang bermasalah atau parti-parti itu sendiri yang bertindak tidak menyerupai apa yang mereka sebut dan laungkan sebagai perjuangan mereka.
Itu sebab acap kali saya menyebut dalam posting-posting saya yang lalu bahawa perjuangan rakyat sekarang bukan perjuangan mana-mana parti politik yang mahukan kuasa atau mempertahankan kuasa tapi perjuangan sekarang adalah perjuangan budaya buruk parti-parti politik yang lebih besar lagi masalah nya ialah dengan pemimpin utama mereka.
Umno bermasalah dengan pucuk pimpinannya Mohd Najib yang disertai oleh pimpinan tertinnginya baik dari Timbalannya, Naib-naibnya serta keseluruhan kepimpinan tertinggi parti itu. PAS bermasalah dengan pucuk pimpinan Hadi Awang yang amat dicurigai kemampuan untuk melaksanakan apa yang partinya perjuangkan.
Kita harus mengakui bahawa imej sesebuah parti itu bergantung kepada pucuk pimpinannya. Parti-parti politik dinegara ini terlalu sinonim dengan nama pemimpin utama mereka. Dalam bab ini setiap parti tanpa ada yang terkecuali mempunyai masalah peribadi yang sangat besar maka ia menjadikan politik itu menjadi kelam kabut untuk mempertahankan imej parti masing-masing disamping membuat serangan terhadap parti lawan yang juga mempunyai masalah dengan pucuk pimpinan masing-masing.
Itu sebabnya saya berulang kali menyatakan yang pucuk pimpinan mana-mana parti wajar wajar mempunyai imej yang tidak tercalar dengan rekod buruk dan rekod criminal yang besar bagi memudahkan rakyat membuat pilihan yang betul. Rakyat sudah jemu memilih pucuk pimpinan yang mempunyai rekod negative kerana masalah yang telah diselesaikan akan diganti dengan pemimpin lain yang mempunyai baggage yang besar walaupun baggage itu dalam bentuk yang berlainan.
Kita wajar mencari pimpinan yang ‘upright’ yang sedikit sebanyak boleh diterima oleh semua pihak bagi membawa situasi politik negara ini kepada ‘ambience’ dan ‘environment’ yang berlainan agar rakyat dapat melupakan masalah-masalah yang besar yang lalu.
Merintasi pertelingkahan yang besar tidak akan menghentikan perpecahan. Jika kita ceduk kata-kata Dr Mahathir sendiri satu ketika dahulu, ‘yang menang tidak akan menang semua dan yang kalah tidak akan kalah semua’ itu membawa kita berfikir yang situasi politik dini hari wajar mencari calon kompromi untuk menggantikan Najib yang amat wajar bersara kerana ibu kepada masalah negara sekarang adalah disebabkan oleh beliau kesalahan yang beliau lakukan sendiri
Semua pihak akhirnya akan keletihan berperang mulut dan kata mengata yang tidak ada penghujungnya. Calon kompromi amat perlu dalam keadaan sekarang ini. Apa yang rakyat perlukan bagi meredakan keadaan dan situasi politik sekarang ini ia memerlukan seorang pemimpin teknokrat dan berpengalaman dalam politik serta mempunyai sifat bertimbang rasa kepada semua pihak.
Kalau kita mahu mendengar nasihat orang tua-tua dulu-dulu, ‘kalau tua itu tunjukkan tuanya, kalau muda tunjukkan mudanya’.
Kita tidak patut menafikan yang pilihanraya kali ini merupakan pilihanraya yang paling sengit yang kita belum pernah melalui nya dan ia lebih berbahaya lagi dari pilihanraya 1969 yang telah membawa pergaduhan antara kaum yang merupakan titik hitam dalam sejarah merdeka negara kita.
Apabila dua pihak yang berperang dengan hebat nya tidak ada sesiapa yang menang; yang menang hanyalah nafsu itu sahaja yang berjaya memporak perandakan kita sesama kita. Yang menang menjadi arang dan yang kalah menjadi abu, kata perbilangan melayu kita yang tidak lekang dek panas dan tidak reput dek hujan itu.
Maka mahu tidak mahu negara perlu mencari seorang pemimpin yang boleh meredakan suhu politik yang terlalu tinggi hari ini dan ia akan terus tinggi walau siapa dan pihak mana yang menang sekali pun atau kalah sekali pun.
Jangan ambil ringan dalam hal perpecahan yang amat meruncing pada hari ini. Slogan ‘untuk bangsa agama dan negara’ yang dilaungkan oleh pemimpin kita tidak membawa apa-apa makna kerana bangsa-bangsa di negara ini sudah berpecah, agama sudah hilang kesuciannya oleh kerana politik sempit pemimpin-pemimpin yang berjiwa fakir dan dan membawa negara dalam keadaan yang terumbang ambing.
Kepada ‘warlords-warlords’ politik, jangan meninggalkan dunia ini dengan membawa sekali sifat-sifat dendam kesumat yang amat kotor itu bersama kamu ke liang lahat.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya lagi…
Posted by Aspan Alias
comments:
- UMNO itu sendiri yang perlu dikuburkan, selagi UMNO wujud selagi itulah rakyat dan negara terus terusan bermasalah tiada penghujungnya. UMNO telah rosak seperti pernah diungkapkan oleh Tun Mahathir 'rotten to the core' dan begitu jugalah dengan PAS yang telah hilang kompas perjuangannya. Pilihlah asalkan bukan UMNO dan PAS, dua parti haprak inilah sebenarnya yang mengkucar-kacirkan keharmonian rakyat.
0 comments:
Post a Comment