Logo PH akan didaftar ke RoS dalam tempoh 2 minggu lagi
Majlis Sekretariat Pakatan Harapan akan menyerahkan permohonan untuk pendaftaran logo Pakatan Harapan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dalam masa dua minggu lagi.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, akan ada jawatankuasa yang akan dipenuhi semua parti dalam gabungan Pakatan Harapan.
"Kita akan serahkan permohonan Pakatan Harapan dalam masa dua minggu ini.
"Jika dipersetujui perlembagaan... akan ada jawatan yang akan dipenuhi semua parti daripda PKR, DAP, Amanah dan Bersatu.
"Logo sudah dibincangkan dan akan diberikan sedikit pandangan terhadap penerimaan di kalangan orang awam kerana ia penting.
"Dalam negara kita, jika kita berikan satu logo dengan harapan baru rakyat akan menerima dengan baik dalam pilihan raya umum akan datang," ujarnya dalam sidang media yang diadakan di ibu pejabat Parti Pribumi selepas mesyuarat Majlis Sekretariat Pakatan Harapan di Petaling Jaya petang ini.
Kata beliau tempoh dua minggu itu bertujuan untuk meneliti dari segi undang-undang supaya tidak timbul masalah.
Ditanya tentang keputusan Pas yang menolak tahaluf siyasi dengan PKR Wan Azizah enggan mengulas lanjut setelah didesak media beliau berkata," kita melihat senario politik yang paling baik untuk PRU akan datang kita akan ambil semua pandangan dan tunggu Majlis Syura Ulama," ujarnya.
Ditanya jika RoS menolak pendaftaran logo Pakatan Harapan Wan Azizah berkata ,Pakatan Harapan akan terus mengambil bahagian dalam pilihan raya dengan logo parti masing-masing dengan menggunakan satu manifesto dari Pakatan Harapan.
"Saya kira kita sudah lalui 13 kali PRU dan rakyat matang memilih. Saya melalui satu pengalaman di Bukit Selambau ada 15 parti bertanding tetapi memenangi PKR ketika itu. Insyaallah," ujarnya.
Turut hadir Setiausaha Majlis Pakatan Harapan Datuk Saiffudin Abdullah semua pimpinan tertinggi Pakatan Harapan diwakili dari Amanah Presidennya Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung Annuar Mohd Tahir; dari Bersatu diwakili Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin,Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan DAP diwakili antaranya Naib Presiden DAP Teresa Kok dan barisan kepimpinan lainnya.
Ketika ditanya sama ada Pakatan Harapan akan dapat memenangi hati orang Melayu tanpa Pas dalam PRU-14 akan datang jika berlaku tiga penjuru, Tun Dr Mahathir pula berkata, kehadiran orang Melayu dalam program yang diadakan Pakatan Harapan jumlahnya sekitar 12,000 hingga 13,000 orang.
"Kita nampak ramai orang Melayu yang keluar dan terdiri daripada ahli Umno - nampak ahli Umno berminat dengan Pakatan Harapan dan kita yakin kita boleh menang," ujarnya.

0 comments:
Post a Comment