COMMENTS
Kamaruddin Izmar19 hours ago Betui kata hadi hanya ada dua parti untuk orang melayu mengundi antara umno atau pas..satu parti pemberi rasuah dan satu lagi parti menerima rasuah...
Siapa yang rasuah dan merompak harta rakyat, Lim Guan Eng atau Najib Razak? – Mejar (B) Zaidi Ahmad
Firman Allah SWT (Maksudnya:) "Wahai orang-orang yg beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yg selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."– (Al Ma'idah Ayat 8)
APAKAH MAKNA RASUAH?
Kamus Oxford mentakrifkan rasuah (bribe) sebagai: "Sesuatu yg ditawarkan dengan tujuan untuk mempengaruhi seseorang untuk membuat keputusan yg menyebelahi pemberi".
KES RASUAH DR KHIR TOYO
Bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo telah dijatuhkan hukuman penjara dan hartanah dirampas setelah didapati bersalah atas kesalahan rasuah mengikut Seksyen 165 Kanun Kesiksaan.
Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada Pengarah Ditamas Sdn. Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta (pada tahun 2007) sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.
Dalam penghakimannya, hakim Mokhtarudin menurut laporan Malaysiakini menyatakan; "Berdasarkan kenyataan saksi pendakwaan kedua, Shamsudin yang juga Pengarah Urusan Roniaga Sdn. Bhd. beliau (Shamsudin) mengenali rapat tertuduh dan mempunyai hubungan perniagaan dengannya sebab pernah membuat permohonan untuk membangunkan projek perumahan."
"Maka, mahkamah mendapati tertuduh menyalahgunakan kedudukan beliau (dalam kes ini) dan saya putuskan hukuman penjara 12 bulan mulai hari ini dikenakan." Kata beliau.
Berikut pula kenyataan bekas Peguam Negara TS Gani Patail yg disiarkan akhbar Sinar Harian: "Keterangan yg telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan terhadap Khir Toyo dan hasil penelitian keterangan atau bukti oleh Hakim iaitu dari peringkat Mahkamah Tinggi sehinggalah ke peringkat Mahkamah Rayuan, telah memutuskan bahawa harga pasaran bukanlah kayu pengukur dalam menentukan pengertian pembalasan yg mencukupi (sufficient consideration) di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan."
"Memandangkan Shamsuddin telah menggunakan wang beliau sejumlah RM6.5 juta untuk membeli rumah tersebut dari pemilik asal, maka Shamsuddin pada awalnya bersedia untuk menjual hartanah tersebut kepada Khir Toyo pada harga RM5 juta hingga RM5.5 juta. Namun tidak dipersetujui oleh Khir Toyo. Selanjutnya Khir Toyo menyatakan beliau akan membeli pada harga RM3.5 juta sahaja. Keterangan Shamsuddin di mahkamah menunjukkan beliau telah bersetuju dengan harga itu kerana bimbang urusan perniagaan beliau dengan PKNS akan terjejas sekiranya tidak bersetuju. Keterangan ini menyangkal wujudnya "willing buyer willing seller".
http://www.sinarharian.com.my/…/peguam-negara-jawab-kenyata…
HUBUNGAN PERNIAGAAN ELEMEN UTAMA RASUAH
Dalam kes Khir Toyo jelas sebagaimana disebutkan oleh hakim bahawa pemberi bersetuju menjual banglonya dibawah harga beli asal (sehingga mengakibatkan kerugian berjuta-juta ringgit kepada pemberi) kerana mengharapkan projek perumahannya dengan kerajaan Selangor yang diterajui oleh Dr Khir tidak akan terjejas.
Jadi berhubung dengan tuduhan rasuah keatas Lim Guan Eng persoalan yang patut ditanya ialah "Adakah Cik Phang Li Koon mempunyai apa-apa hubungan perniagaan dengan kerajaan negeri Pulau Pinang ketika beliau menjual rumah beliau kepada Lim?
HJ ZAIDI BIN AHMAD
Bekas Mejar TUDM
017-4164728
KDL
Bekas Mejar TUDM
017-4164728
KDL
0 comments:
Post a Comment