Thursday, 17 May 2018

[Video PM "Ini surat signature Suriati binti Ibrahim, orang ni yg tak mau kita tu" & Terkini, Black Maria tinggalkan rumah Najib] Black Maria beredar dari banglo Najib dengan kotak biru.

Khamis, 17 Mei 2018


Hasil carian imej untuk Gambar Ketua Pengarah ROS
Gambar pengarah ROS

Black Maria beredar dari banglo Najib dengan kotak biru


Selepas 18 jam menggeledah banglo kediaman peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur, petang tadi trak Black Maria polis beredar dengan membawa  kotak berwarna biru gelap berserta seorang lelaki yang tidak dikenali.
Lelaki berkenaan duduk di bahagian belakang trak yang lazimnya mengangkut tahanan ke penjara atau mahkamah bersama seorang anggota polis.
Walaupun diajukan soalan berulang kali, lelaki yang tidak digari itu enggan mengenal dirinya kepada media.
Kenderaan Black Maria itu diiringi oleh dua anggota polis bermotosikal dan sebuah kereta peronda  polis. Malaysiakini tidak dapat memastikan hala tuju kenderaan itu yang beredar dalam keadaan hujan lebat.
Walau bagaimanapun, wartawan kami difahamkan masih terdapat anggota polis yang berada di rumah bekas presiden Umno itu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh sebelum ini mengesahkan tindakan polis itu, namun enggan mengulas lanjut.
Peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal memberitahu pemberita awal pagi ini bahawa beberapa barangan peribadi seperti beg tangan, pakaian serta hadiah dirampas dari kediaman itu.
Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor telah disenaraihitam oleh Jabatan Imigresen daripada meninggalkan negara ini.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena