So hari ini ramai maki Mujahid.
π Mujahid kata tiada intipan di premis peribadi
π pelaku yang melakukan dosa peribadi secara sorok-sorok tidak akan diselongkar. Dosa neh pun tertakluk kepada yang tak babitkan pihak ketiga. Contohnya minum arak sendiri-sendiri di rumah kau.
π Hotel & sebagainya selain rumah kau, bukannya premis peribadi. Itu premis swasta ataupun premis awam, tertakluk pada tempat la.
π Ada orang sebarkan model cegah maksiat di Perlis. Aku membaca sepenuhnya kenyataan itu & aku sokong. Aku ingat MAZA pernah bahaskan hal ini dulu dan ya, aku sokong ulasannya.
π Model cegah maksiat di Perlis, tak boleh bawa media, tak boleh sebarkan aib & informer (sumber) mestilah dipastikan tidak mendapat maklumat itu dengan cara melakukan intipan.

π Kalau terang-terangan bawa lelaki, perempuan masuk kat rumah, yang jiran-jiran, keluarga, boleh nampak & aksi maksiat itu boleh dilihat, didengar, itu bukannya dinamakan mengintai. Itu namanya mempamerkan dosa & berbangga dengannya. Itu boleh kau report.
π Begitu juga halnya jika babitkan premis awam. Jika kau terang-terangan berzina, bercium, minum arak dan sebagainya, orang boleh report kau & penguatkuasa agama boleh bertindak berdasarkan laporan. Itu, bukannya mengintai.
π Mujahid nak reform cara cegah maksiat yang salah. Bukannya Mujahid sokong tak perlu cegah maksiat.
π Sesetengah pengulas (hari ini depa pakar agama. Selepas berehat menjadi pakar SAR) nampaknya secara keterlaluan menyerang Mujahid. Dengan membayangkan perkara yang tak tepat dalam statement itu.

π Aku nampak Mujahid memang akan menghadapi cabaran yang begitu hebat untuk membetulkan salah faham ini.
π Aku rasa Mujahid perlu gunakan TV, media & internet untuk menjelaskan dan menghuraikan lebih lanjut apa sebenarnya yang dia sedang sampaikan. Aku faham & setuju dengan reformasi agensi agama yang Mujahid nak buat. Tapi ada yang tak faham & mula spin sana sini pandangan beliau. Boleh juga dianjurkan debat bagi tujuan memberikan pencerahan kepada semua pihak.
Ringkasnya, Mujahid bukannya galakkan maksiat. Tetapi cara cegah maksiat itu perlu diperbaiki & dosa (yang tak libatkan pihak ketiga serta bukan jenayah) yang dilakukan secara tersorok, bukan urusan kerajaan untuk mencari & mengintip.

Sekian.
SEBARKAN..
SEBARKAN..
Serbuan khalwat: Para mufti berbeza pendapat
Para mufti dari Perak, Pahang dan Negeri Sembilan membantah kenyataan Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Mujahid Yusof Rawa mengenai pihak berkuasa perlu menghentikan operasi serbuan di premis persendirian.
Bagaimanapun, Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor dilaporkan berkata mempertahankan Mujahid.
Bercakap kepada BH Online, Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata Mujahid tidak memiliki kuasa terhadap penguatkuasa agama pada peringkat negeri yang melaporkan kepada jabatan agama Islam di negeri masing-masing.
“Beliau sebenarnya hanya menteri yang menjaga hal ehwal JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), hal-hal agama seperti penguatkuasaan terletak di bawah negeri.
“Sebenarnya pegawai penguatkuasa tidak boleh secara sewenang-wenangnya membuat serbuan atau operasi di rumah persendirian...hanya selepas menerima aduan baharu mereka boleh bertindak,” katanya.
Tanggungjawab pihak berkuasa cegah maksiat
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, dilaporkan bersetuju menjadi tanggungjawab pihak berkuasa untuk mencegah maksiat.
"Orang berkhalwat selalunya buat ditempat tertutuplah... Jadi kalau tak boleh tegah biarlah orang buat maksiat, tak perlu undang-undanglah, kita laksanakan undang-undang ini sudah lama, tiada masalah pun.
"Kita yang salah jika kita tidak cegah, kita kena cegah maksiat dimana pun," jelas Harussani dipetik Sinar Harian.
Mujahid dalam wawancara bersama The Star hari ini berkata pihak berkuasa agama tidak patut membuat serbuan bagi mencegah misalnya orang Islam daripada minum arak atau berkhalwat di ruang peribadi mereka.
Walaupun penguatkuasaan serbuan maksiat di bawah bidang kuasa negeri, Mujahid dilaporkan berkata beliau sedang berbincang dengan pihak berkuasa agama negeri untuk melaksanakan dasar persekutuan, Islam membawa rahmat ke seluruh alam.
Sementara itu, Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor pula dipetik BH Online berkata mungkin menteri itu berpendapat sesiapa yang melakukan zina atau khalwat tidak seharusnya diaibkan dengan tindakan penguatkuasaan.
“Malah dalam Islam kita dilarang untuk membuka aib kepada masyarakat. Ini kerana mereka yang melakukannya cuba untuk tidak mendedahkannya.
“Manusia tidak boleh lari daripada melakukan dosa dan ada di antara mereka yang terpaksa melakukannya dan ia dilakukan dalam keadaan tersembunyi. Mungkin itu yang dimaksudkan Mujahid berkenaan tindakan penguatkuasaan,” katanya.
Beliau memberi contoh kisah Nabi Muhammad SAW yang mana ada sahabatnya yang membuat pengakuan berzina.
"Namun Rasul cuba untuk tidak melayan pengakuan itu dengan mengelak setiap kali dia cuba mengaku.
“Seseorang tidak seharusnya memalukan dirinya dengan mengaku melakukan dosa dan orang lain juga tidak perlu menghebahkannya sekiranya mengetahuinya.
“Sebaliknya sebagai seorang Muslim kita sepatutnya membantu individu itu kembali ke landasan yang betul,” jelas beliau, petik BH Online.
Wan Salim menyarankan penguatkuasa jabatan agama supaya memberi amaran kepada pengusaha hotel untuk melarang pasangan yang belum berkahwin daripada menginap bersama.
MK.
0 comments:
Post a Comment