Friday, 23 November 2018

[Video AI: Mencari penamat polemik ICERD] T-Shirt Bantah ICERD-Semuanya sudah dicetak. Dari saiz bayi sampailah ke saiz org tua, semua ada! BUNGKUSSS, Hanggusss, Hancusss & Mamposss habislah modal melayang? Belum ada permohonan mahu mengadakan Himpunan Bantah ICERD pada 8 Disember? Pulak tu DATARAN MERDEKA DITUTUP, agaknya Umno & Pas 'ditinggal bas' kot.

Jumaat, 23 November 2018
Foto Otai BERSIH.
MOHON TUN TARIK BALIK PENOLAKAN ICERD
Dari saiz bayi sampailah ke saiz org tua, semua ada. Bermacam2 design. Semuanya sudah dicetak. Harap sangatlah Tun tangguhkan dulu penolakan ICERD sehingga 8 Disember 2018 agar baju-baju ini terjual. Semua ini sudah keluar modal. Selapas 8 Disember, kerajaan boleh tolak ICERD semula. Harap sgt kerajaan pertimbangan semula. T.kasih.

DATARAN MERDEKA TUTUP, DI MANA UMNO/PAS BAKAL BERHIMPUN 8 DISEMBER NANTI?

Meskipun belum mengemukakan sebarang permohonan, UMNO dan Pas serta beberapa NGO yang mahu mengadakan Himpunan Bantah ICERD pada 8 Disember depan dilaporkan telah menetapkan untuk mengadakan acara yang bertujuan untuk menggegar kerajaan itu di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Di media sosial juga  sudah pun bertebaran pelbagai jenis poster berkaitan himpunan  itu yang didakwa akan diadakan di Dataran Merdeka itu.
Agaknya kedua-dua parti itu dan pihak penganjur “tertinggal bas” dengan pengumuman DBKL  pada 16 Oktober lalu bahawa Dataran Merdeka akan ditutup selama 10 bulan. 

Penutupan yang berkuatkuasa daripada 24 Oktober 2018 sehingga 2 Ogos 2019 adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembangunan projek “River of Live” yang kini masih dalam fasa pertama perlaksanaannya.
Foto Otai BERSIH.
Maka, sudah pasti himpunan yang dirancang untuk untuk diadakan di Dataran Merdeka tidak mungkin menjadi kenyataan.

Jadi, di mana sebenarnya UMNO/Pas mahu berhimpun pada 8 Disember nanti yang kononnya akan mengumpulkan sejuta atau sekurang-kurangnya 500 ribu penyokong kedua-dua parti itu?

Jika di Padang Merbok, bolehkah menampung kehadian yang disasarkan itu? (ShahbudinHusin 22/11/2018)

1 comments:

Lone ranger pomen said...

Dlm longkang. Gabungan parti parit Dan longkang sesuai la duduk dlm longkang. Ape Yg diusulkan pun, semuanya longkang... Jika yg hadir cecah 1juta. Tentu banyak lagi ruang, nak selesa dlm sg klang .. Luas skit.. . Elok la pun. Ape Yg keluar Dari Mulut mereka sama saja Yg keluar Dari lobang bontot. jadi longkang la sesuai utk gabungan mereka...

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena