Thursday, 22 November 2018

[Video Guan Eng gesa G3 tunjuk bukti, ancam saman & Rasis MEMBAKORRR rakyat] G3–Dilancar SEMALAM, diancam saman HARI INI, kah3.

Khamis, 22 November 2018



G3 – dilancar semalam, diancam saman hari ini

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata akan membuat laporan polis terhadap gabungan baru NGO Gagasan Kuasa Tiga (G3) yang mengisytiharkan ‘perang’ terhadap partinya semalam.
Guan Eng, biarpun pada mulanya tidak mahu ambil pusing berkenaan tuduhan NGO itu, akhirnya memutuskan untuk mengikut nasihat peguam-peguamnya memandangkan isu itu sudah pun tular.
“Atas nasihat mereka, [...] saya minta mereka tunjuk bukti dan tarik balik (tuduhan), minta maaf, kalau tidak saya akan ambil tindakan undang-undang,” tambahnya lagi.
Guan Eng (bawah) yang juga menteri kewangan menyifatkan tuduhan-tuduhan 
Beliau turut menuntut G3 untuk meminta maaf dan mengemukakan bukti atas semua tuduhan yang dilemparkan kepada mereka jika tidak mahu berdepan tindakan undang-undang.
“[...] (Fitnah) itu amat bahaya kerana mereka hendak bakar dan hasut sentimen supaya lebih ramai keluar pada (perhimpunan tolak Icerd) 8 Disember. Ini bahaya, sekiranya demo aman tiada masalah.
“Siapa yang bangkitkan itu (Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd)) bukan kami dari DAP. Kami tidak timbul langsung perkara ini (tapi) dia cuba kaitkan atas tujuan politik mereka.
“Saya rasa ia sungguh bahaya, [...] apabila kita mengalami krisis kewangan dan fiskal, pihak yang bertanggungjawab dalam rasuah dan tidak dapat urus ekonomi dengan baik, mereka akan cuba alih perhatian kepada isu-isu perkauman dan kebencian ke atas rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di parlimen hari ini.
Semalam, G3 mengisytiharkan ‘perang’ terhadap ‘bangsa DAP’ yang disifatkan mereka sebagai musuh kepada Islam dan orang Melayu di negara ini.
G3 mendakwa isu Icerd dibawa oleh oleh Guan Eng dan ayahnya Lim Kit Siang sebagai agenda tersembunyi DAP bagi menghapuskan hak istimewa orang Melayu, Islam di negara ini.
Kit Siang turut didakwa sebagai bapa perkauman yang membawa “agenda ala Zionis”.
Mk.

2 comments:

Lone ranger pomen said...

Biasenye pelampau melayu ni cakap Bukan Pakai Mulut. Tapi Pakai lubang bontot. Maaf cakap la... Bila Dah keluar ikut Bawah. Dia keluar je ape Yg ade. Yg Elok Yg tak Elok semua keluar, Dia tak Macam cakap ikut Mulut. Mcm kita makan la. Kalau ade babi, takkan kita sumbat masuk Mulut jugak. Jadi bila Dah timbul bangsa dap. Isu Kaum ni Dah keterlaluan sgt... Dia org ni tak baca ke, taK buat Kajian ke PAsal icerd ni... Bahaya buat keputusan bila tengah marah... TaK Pasal akan kena Saman... Tin Milo jugak la ni nanti utk tolong bayar Saman.

Unknown said...

Si bajingan2 yg konon super pro melayu ni msh ingat umno msh b'kuasa. Jika umno msh bkuasa bole la kau dicover oleh umno. Kau tunggu je la.

Lihat apa dah jd pd ali tinju.dulu samseng skrg pondan part time. Jamal jamban dulu gengstar ... skrg mak nyah sambilan.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena