Skandal 1MDB belum reda, hantu Scorpene dan Altantuya muncul pula
Kapal selam Scorpene dibeli lima belas tahun lalu, pada tahun 2002 daripada sekumpulan peniaga Perancis.
Dua eksekutif Perancis baru beberapa hari lalu telah didakwa di mahkamah kota Paris, berkait korupsi dalam penjualan kapal selam kepada negara. Mereka adalah Pihllippe Japiot, bekas pengerusi DCNI dan Jean-Paul Perrier, bekas ketua eksekutif syarikat gergasi elektronik dan pertahanan Perancis, Thales.
Japiot dilaporkan telah didakwa ekoran ‘salahguna aset sosial’ manakala yang lagi satu didakwa bersubahat.
Ada dua lagi sedang disiasat di Perancis berkait kes yang sama. Dominique Castellan, bekas presiden DCNI dan Bernard Baiocco, bekas presiden Thales International Asia.
Kesemuanya terlibat dalam skandal penjualan dua buah kapal selam Scorpene bernilai US$1.1 bilion kepada negara, sewaktu Najib Razak menjadi Menteri Pertahanan.
Ketika khabar mengenai kes kapal selam ini timbul semula, rata-rata media sosial hanya menyebut satu nama; Altantuya Shaariibuu.
Altantuya berfungsi sebagai jurubahasa dalam urusniaga kapal selam antara kerajaan dan peniaga-peniaga Perancis ini. Altantuya mati dibunuh dan jasadnya diletupkan dengan peledak C-4 oleh dua anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri. Motif pembunuhan tidak diberitahu kepada mahkamah.
Khabar angin yang masih belum reda, mengaitkan Altantuyaa dengan Putrajaya. Rohnya tenggelam timbul bersama kapal selam penuh skandal. Seolah-olah skandal mega kleptokrasi global kecurian dana 1MDB tidak cukup untuk membuat Perdana Menteri tidak lena tidur, kes ini pula muncul kembali. Roketkini.com
TAHUKAH ANDA, perunding PR Najib Paul Stadlen telah dibayar RM76.8 juta oleh BN dlm tempoh tak sampai 11 bulan beliau berkidmat.
SEBULAN dibayar lebih RM7 juta?
Najib bayar guna duit poket dia atau duit rakyat?
SEBULAN dibayar lebih RM7 juta?
Najib bayar guna duit poket dia atau duit rakyat?
BUANG MASA SAJA NAJIB TUNJUK AKTIF DAN BERANI SEKARANG INI
Jika kita lihat, sejak hilang jawatan ini Najib Razak bukan saja lebih aktif, cepat memberi respon terhadap apa juga isu yang melibatkan dirinya, UMNO, rakyat atau kerajaan terdahulu yang pernah dipimpinnya, malah seolah-olah baru menerima suntikan keberanian dalam tubuh badannya.
Kalau dulu Najib begitu lambat memberi respon terhadap apa juga isu yang berbangkit, mengekang sebarang soalan berkaitan 1MDB di Parlimen dan tiada sidang akhbar selepas sesuatu majlis yang dihadirinya atau jika ada pun, tiada sebarang soalan boleh ditanyakan, sebaliknya sekarang ini beliau begitu rajin bertemu media dan terbuka untuk disoal jawab oleh mereka.
Tidak cukup dengan sedia ditemubual oleh portal yang sebelum ini dilarang menghadiri sidang medianya, sehingga dengan TV Al Jazeera pun beliau sanggup menjual muka dan cerita, meskipun mungkin sedar risiko akan berhadapan dengan soalan-soalan yang panas daripada mereka.
Di media sosial miliknya pula, hampir setiap hari ada saja tulisan atau catatan diluahkannya, kadangkala pada waktu malam juga, tidak kira berkaitan apa saja isu untuk menjawab apa-apa yang dibangkitkan oleh pemimpin kerajaan, terutamanya Tun Mahathir Mohamad dan Lim Guan Eng.
Di Parlimen pula, jika tiada kes mahkamah, tercongoklah banyak masanya di Dewan Rakyat, bahkan kehadiran lebih kerap berbanding ketika menjadi Perdana Menteri dahulu.
Di portal-portal media bebas, hampir setiap hari ada saja berita mengenai Najib yang boleh ditemui dan dibaca.
Tidak cukup dengan itu, meskipun sebelum ini beliau beberapa mengelak dan lari daripada program NothingToHide, kali ini Najib sendiri menawarkan forum terbuka untuk sesiapa saja bertanya soalan kepadanya.
Melalui hantaran di laman facebooknya semalam, Najib memaklumkan bahawa majlis santai bersamanya itu akan diadakan pada 3 November ini, jam 3.00 petang di PWTC, Kuala Lumpur.
Kenapakah Najib tiba-tiba menjadi aktif dan berani sekarang ini, tetapi tidak melakukannya ketika menjadi Perdana Menteri dahulu?
Siapakah yang merangsang dan memberi semangat kepadanya sekarang ini?
Apakah ia disebabkan kerana ketika ini Rosmah Mansor tidak banyak lagi mengganggunya sebagaimana dahulu?
Sementara itu, ada juga yang bertanya, buat apa lagi beliau sibuk-sibuk memberi komen itu dan ini, sedangkan yang lebih patut diberi perhatian olehnya ialah berkaitan 38 kes mahkamah yang sedang dihadapinya?
Lebih daripada itu, untuk apa juga Najib berbalas hujah dengan Tun Mahathir, Guan Eng atau lain-lain pemimpin Pakatan Harapan, walhal seluruh dunia tahu punca utama kekalahan UMNO dan BN dalam pilihanraya lalu adalah disebabkan dirinya?
Tidak ada rasa malukah Najib terus menonjolkan diri dan seolah-olah menunjuk dirinya suci di ketika seluruh dunia tahu kekotoran diri, keluarga dan pertadbirannyalah yang menyebabkan rakyat menghumban UMNO ke lembah kekalahan dalam pilihanraya lalu?
Apa lagi yang Najib mahu kejar selepas ini?
Apakah beliau mahu kembali jadi Perdana Menteri semula seperti Tun Mahathir?
Dalam hal ini, atas apa hujah dan keadaan sekali pun, sebetulnya adalah sia-sia dan sangat membuang masa saja tindakan Najib sekarang ini.
Najib harus sedar, beliau adalah bekas Perdana Menteri yang dikalahkan dalam pilihanraya kerana skandal dan kekotoran pentadbiran, diri serta keluarganya sehingga rakyat tiada pilihan lain selain menolaknya melalui peti undi di seluruh negara.
Tidak cukup dengan itu, sehingga ini beliau sudah pun berdepan dengan 38 pertuduhan di mahkamah, manakala isterinya, Rosmah pula ada 17 pertuduhan.
Adalah dipercayai lebih banyak lagi pertuduhan bakal dikenakan kepada Najib, Rosmah, anak tirinya Riza Aziz serta rakan-rakan seperdosaan sama ada berkaitan 1MDB atau skandal-skandal yang lain.
Dengan itu, untuk beberapa tahun akan datang, Najib dan keluarganya dipercayai akan terus sibuk dengan urusan turun naik mahkamah, bahkan tidak mustahil jika turut menjadi penghuni Penjara Sungai Buloh atas kesalahan yang disabitkan kepada mereka.
Maka, apa juga keaktifan dan keberanian yang ditunjukkannya sekarang tidak memberi sebarang makna kerana penjara adalah kemungkinan yang paling sukar untuk dielakkan sebagai destinasi akhir dalam kehidupannya.
Sesuatu yang Najib harus sedari juga ialah beliau bukan Tun Mahathir yang mampu bangkit untuk jadi Perdana Menteri buat kali kedua.
Tun Mahathir berhenti dengan sukarela ketika namanya dipuncak pada 2003 dan beliau tidak pernah ada apa-apa kes mahkamah atau jenayah yang menjadi bebanannya, manakala Najib berderet-deret kes mahkamah menantinya.
Lantaran itu, meskipun tidak bergelar Perdana Menteri, aura Tun Mahathir kekal disanjung tinggi.
Tetapi, di manakah kelebihan Najib yang boleh membuatkan rakyat mahu menerimanya semula?
Kalau pun ditakdirkan andai kata dalam dua atau tiga pilihanraya akan datang UMNO dan BN mampu bangkit semula menggapai kuasa, kerusi Perdana Menteri hampir mustahil jadi milik Najib semula.
Najib bukan saja menjadi punca kalahnya UMNO, tetapi juga dijangka berdepan dengan kes mahkamah yang panjang.
Di waktu yang sama, UMNO sudah ada barisan kepimpinannya dan beberapa pemimpinnya sebelum ini telah menyatakan ingin menjarakkan diri daripada bekas Perdana Menteri itu serta menganggapnya sebagai beban bagi mereka.
Untuk itu, selain harus sedar diri, daripada Najib terus membuang masa melakukan kerja sia-sia, adalah lebih baik beliau menumpukan lebih perhatiannya kepada kes-kes mahkamah yang sedang dihadapinya saja. (ShahbudinHusin 01/11/2018)
0 comments:
Post a Comment